Jawatan Kosong Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 segolongan cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan. Kegigihan, tekad dan semangat perjuangan yang berkobar-kobar dan tidak pernah luput itu telah mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970. Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 192 orang mula mendaftar di tiga buah fakulti, iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam pada Mei 1970.
Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:
1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
3. SETIAUSAHA PEJABAT N27
4. PENOLONG AKAUNTAN W27
5. JURUTEKNIK J17
6. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
Tarikh Tutup Permohonan :18 July 2012
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
Jawatan Kosong Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)







