Jawatan Kosong Di Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.Pelaksanaan Pelan Transformasi UUM merupakan “roadmap” yang dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama bermula dari 2011 hingga 2015 yang akan memberikan tumpuan untuk meletakkan UUM di peta akademik tempatan dan bergerak secara sistematik serta terancang. Tumpuan lebih akan dibuat untuk menjayakan pelan transformasi pertama tanpa mengabaikan fasa kedua Pelan Transformasi yang akan bermula pada 2016 hingga 2020.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Universiti Utara Malaysia.
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
2. PEGAWAI TADBIR GRED N41
3. PUSTAKAWAN GRED S41
4. PEGAWAI FARMASI GRED U41
5. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD41
6. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G32
7. PEMBANTU MAKMAL GRED C17
8. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT17
9. JURUTEKNIK AWAM GRED J17
10. JURUTEKNIK MEKANIKAL GRED J17
11. JURUTEKNIK ELEKTRONIK GRED J17
12. JURUTEKNIK ARKITEK GRED J17
13. PELUKIS PELAN GRED J17
14. PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17
15. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U17
16. TUKANG K2 (MEKANIKAL) GRED R11
17. TUKANG K3 (ELEKTRONIK) GRED R9
18. TUKANG K3 (MENGECAT) GRED R9
19. OPERATOR LOJI GRED R3
Tarikh Tutup Permohonan : 21 Jun 2012
Maklumat Lanjut dan Cara Permohonan Disini
Jawatan Kosong Di Universiti Utara Malaysia (UUM)







