Korang fikir, korang hado masa untuk meng-google jawapan ketika sedang menjawab soalan exam online Pembantu Arkib S19 ambilan Arkib Negara Malaysia pada 26 November 2020 ni? Memang tak hado la kan. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Pembantu Arkib S19 yang boleh dijadikan latihan calon exam. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan Pembantu Arkib Gred S19 yang diberikan di bawah sebagai sebahagian latih tubi.
Selain dari itu, korang juga boleh dapatkan panduan khas contoh soalan Pembantu Arkib S19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan bahan rujukan sebelum hadir exam PSEE SPA pada kali ini.
Baca: Contoh Soalan Pembantu Muzium S19
Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Arkib S19
Seandainya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Arkib S19 secara rasmi di Arkib Negara Malaysia atau lain-lain kementerian/jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Pembantu Arkib S19 adalah terbuka sepanjang masa & perlu dibuat secara online.
Kekosongan Jawatan Pembantu Arkib S19
Mengenai jumlah kekosongan, berdasarkan iklan yang telah dikeluarkan SPA bertarikh 29 Julai 2020, jumlah kekosongan jawatan yg diperlukan adalah sebanyak 27 tempat sahaja. Manakala, calon simpanan adalah seramai 100 orang.
Tidak perlu abang Jay tekankan betapa perlu. Dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh exam tiba. Korang da besar & da bleh pikir sendiri..
Ini satu bilangan yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Pembantu Arkib S19 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.
Tempoh Luput Permohonan
Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Pembantu Arkib S19 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.
Baca: Contoh Soalan Pembantu Operasi N11
Jadual Gaji Pembantu Arkib Gred S19
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Arkib S19 ;
Gaji minimum – RM1,352.00
Gaji maksimum – RM4,003.00
KGT – RM100.00
*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan serta kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Arkib dengan gred S19 layak terima.
Deskripsi Tugas Pembantu Arkib S19
Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Arkib S19?
Secara am, tugas seorang Pembantu Arkib S19 adalah meliputi tanggungjawab:
” Menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima, mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya. “
Syarat Lantikan & Kelayakan Pembantu Arkib S19
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;
Dan
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pd Gred S19 : RM1,352.00)
Atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yg diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan pd Gred S19 : RM1,408.40)
Atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yg diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan pd Gred S19 : RM1,464.80)
Dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pd peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Exam Online Pembantu Arkib S19
Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Arkib S19 untuk tahun 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA.
Exam online Pembantu Arkib S19 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.
Tarikhnya ialah pd 26 November 2020 (Khamis).
Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Arkib S19 selama satu jam untuk setiap sesi exam yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.00 pagi.
Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!
Senario Exam Pembantu Arkib S19 KB41
Syarat untuk menyandang jawatan Pembantu Arkib S19, calon perlu, terlebih dahulu lulus exam online.
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam exam online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Arkib S19 yang akan dijadualkan kemudian.
Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..
Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam exam online Pembantu Arkib S19 terutama di bahagian B (Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah).
Format Exam Pembantu Arkib S19
Format exam Pembantu Arkib S19 sesi 2019/2020 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.
Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Arkib S19 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2019/2020. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan besar untuk format sesi ini.
Format 2016/2017 Vs Format 2019/2020
Format Pembantu Arkib S19 – 2016/2017
- Seksyen A: Pengetahuan Am
- Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Format Pembantu Arkib S19 – 2019/2020
- Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Eh.. Bukan Sama Ke Abang Jay?
Yup, nampak macam sama. Tapi tak serupa.
Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen. Tetapi perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen Pengetahuan Am telah ditiadakan. Ia telah digantikan dengan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.
Adakah ini hal yang menggembirakan?
Boleh jadi ya. Boleh jadi tidak.
Camno tu?
Seksyen Pengetahuan Am yg ada sebelum ini memang seksyen yang paling digeruni ramai calon. Ini kerana, skop soalan yg dikemukan dalam seksyen Pengetahuan Am adalah teramat luas dan besar.
So, calon susah nak skor soalan yg bakal naik dalam exam.
Kini digantikan pula dengan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris. Seksyen ini ‘agak’ mudah bagi yg terrer BI di sekolah dahulu. Bagi budak ‘kelas hujung’ ini adalah ‘malapetaka besar’.
Jika korang budak kelas hujung, elok bersedia awal-awal.
Berdasarkan pemerhatian abang Jay, ada dua jenis soalan Kefahaman Bahasa Inggeris SPA yg paling kerap keluar dlm exam SPA. Baca dan kenali jenis soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Arkib S19 ni.
Elak ‘Tercicir Dokumen Bersejarah’ (Sekadar Metafora)
Korang adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen A iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah leka semasa mengendalikan kerja-kerja harian di arkib lalu ‘tercicirkan dokumen bersejarah’. Cuma kali ini, bukan diherdik pegawai atasan. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam exam online SPA Pembantu Arkib S19!
Sementara, utk seksyen B, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi.. nyampah nyer laa.
Berikut merupakan sedikit perkongsian drpd abang Jay mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen serta penjelasan topik.
Contoh Soalan Pembantu Arkib S19 – Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran pemikiran logik,
- kemampuan menginterpretasi data
- melalui pemahanan konsep-konsep matematik.
Jangan Sampai ‘Nangis Kat Tepi Katil’
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pandangan mata berbalam-balam’ terhadap soalan yang berkaitan angka & digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / mathematics formula saja terus rasa ‘jiwa kosong’. Padahnya ‘nangis kat tepi katil’ la lepas result exam online SPA keluar nanti.
Walaupun dikatakan bahawa dalam exam online Pembantu Arkib S19, soalan aplikasi konsep matematik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Itu menurut SPA la.
Tetapi korang jangan terima mentah-mentah. Latih tubi yang banyak diperlukan. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..
Drpd pemerhatian yang dilakukan juga, abang Jay boleh cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kpd 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik (macam IQ test)
Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Arkib S19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
1) Aqila ialah adik kepada Aziela. Selain turut cantik dan manis seperti kakaknya, Aqila juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Aqila untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
2) Harga 40 ekor Kerapu yang dibeli Uncle Jimi ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Kerapu Uncle Jimi?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
3) Encik Roslann membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Roslann dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?
A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000
4) Bakri baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Arkib Gred S19 di Arkib Negara Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Bakri membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?
A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00
5) 27 batang pensel warna amber daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna amber yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?
A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082
6) 257 orang ahli Kelab Paranormal Kolej Antarabangsa Ixora membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Paranormal Kolej Antarabangsa Ixora yang tinggal?
A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70
7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Roshan dan Selvam masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Roshan mendapat 43.75kg?
A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg
8) Prisma pentakontagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma pentakontagonal O. Prisma pentakontagonal P pula lebih berat daripada Prisma pentakontagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma pentakontagonal M. Susun kedudukan Prisma pentakontagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.
A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N
9) Harga sebuah kereta BMW warna dry sage terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW dry sage terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?
A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105
10) Harga sebuah kondominium 2 bilik tidur dan 2 bilik air di Limbang ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?
A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%
11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu H dan ruang tamu I. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu I?
A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416
12) Kathleen Glorya seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Kathleen Glorya dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk heksacontagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk heksacontagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?
A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit
14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah kanistel (juga dikenali sebagai buah kuning telur). Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah buah kanistel tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah buah kanistel daripada Tajol. Berapakah jumlah buah kanistel yang tinggal pada Tajol?
A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250
15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Ajmal diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Ajmal tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Ajmal tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Ajmal yang akan diperolehi oleh kumpulan R?
A) 117
B) 142
C) 468
D) 568
Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Arkib S19 ini. Korang boleh dapatkan panduan exam Pembantu Arkib Gred S19 berikut.
Atau pun,
Korang boleh baca saja dahulu post kawan abang Jay (beliau seorang yg memang pakar dalam exam kerajaan) yang khusus membincangkan jenis-jenis & contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.
Contoh Soalan Pembantu Arkib S19 – Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Pembantu Arkib S19. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo. Sekali lagi menurut SPA la.
Soalan diolah dalam bentuk;
a) petikan ringkas & diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).
Contoh soalan adalah seperti berikut :
1) Mr. Kanzodin needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:
A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears
2) Elsie Simon has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Elsie has three animals in total.
B) Elsie has more cats than dogs.
C) One of Elsie’s cats is black.
D) All of Elsie’s dogs have spots.
3) Zaharinah’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.
A) some
B) many
C) little
D) any
4) Please read the following sentence.
Once Aynur Namila lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Aynur Namila lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
5) Choose the correct sentence with the same meaning of
“I will cook a special dinner tonight,” Fuad said to his wife.
A) Fuad told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Fuad told his wife to cook his special dinner that night.
C) Fuad’s wife will cook a special dinner with Fuad at night.
D) Fuad’s wife told Fuad to cook a special dinner for him that night.
6) Where ____________ Sirajuddin live?
A. are
B. is
C. do
D. does
7) Bolkiah __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
8) King Daniel VII was so feared by his people because his face was ____________ .
A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common
Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 15).
“Come on, come on, move it, idiot!”
Joanne beat impatiently on the steering wheel of her Mercedes sports car. How stupid to get caught up in the rush hour! She had planned to leave work early this afternoon, at three o’clock, to give herself a chance to relax and have a bath before going out to a meeting of her local tennis club. But just at ten to three a client had arrived, and it was two hours before she had finished dealing with the man. When she came out of her office, all the other staff in the Highlight Advertising Agency had already left. Now she was stuck in a traffic jam in central Birmingham at 5:30, and at 6:30 she was expected to be chairing a meeting of the tennis club. There would be no time for any hot bath.
Ahead of her, the traffic was moving at last, and she swung quickly out into the centre lane to turn right, and raced the last half-mile through the quiet suburban streets to her house. Pulling up on the driveway, she leapt out of the car and ran for the house. As she opened the door, she nearly tripped over Sheba, who was standing behind it.
“Hey, Sheba, hello,” she said, bending down to stroke the large alsatian dog’s head, “I’ve got no time for you now, but I’ll take you out as soon as I get back from the tennis club.”
It was then that she noticed something worrying about the dog. Sheba seemed to be coughing or choking, her stomach pumping repeatedly as if she was trying to vomit something up. She was obviously in real discomfort and could hardly breathe; her sad eyes gazed up at Joanne helplessly.
“Oh damn, this is all I need now,” said Joanne to herself, dropping her briefcase and bending down to take a closer look, “a sick dog, today of all days!” On closer examination, Sheba did look very sick, and Joanne realised she would have to take her down to the vet immediately. Luckily, the vet’s surgery was only a few streets away, and Joanne quickly loaded the dog, still coughing and choking, into her car for the short drive.
When she got there, the surgery was just about to close for the day. Luckily, Dr. Sterne had not left yet, and when he saw the state of Sheba, he brought her quickly into his office.
“It looks like something is stuck in her throat,” said Dr. Sterne. It shouldn’t take me too long to get it out.”
“Listen, doctor, I’m really in a rush to get to a meeting — can I leave her with you, and go and get changed? I’ll be back in ten minutes to pick her up, then I’ll take her on to the meeting with me. Is that OK?”
“Sure,” said the doctor. “You get going. I’ll see you in ten minutes.”
Joanne jumped back into her car again, and made the quick trip round to her house in a couple of minutes. As she was once more entering the hallway, the phone on the table by the door began to ring. She picked it up, annoyed by this additional interruption to her plans.
“This is Dr. Sterne,” said an anxious voice. “Is that you, Joanne?”
“Of course it’s me,” said Joanne, surprised at the sound of his voice, “no-one else lives here.”
“I want you to get right out of that house immediately,” said the doctor’s voice. “Right now. I’m coming round right away, and the police will be there any time now. Wait outside for us.” The phone went dead. Joanne stared at it. She was confused, but she was also a little frightened by the obvious fear in the voice of the doctor. She replaced the receiver, then quickly backed out of the door and ran into the street.
At that moment, a police car with its lights flashing swung round the corner and screeched to a stop outside the house. Two policemen got out. After briefly checking that she was the owner of the house, they ran into the house through the still open door, without explaining anything. Joanne was by now completely confused and very frightened. Then the doctor arrived.
“Where’s Sheba? Is she OK?” shouted Joanne, running over to his car.
“She’s fine, Joanne. I extracted the thing which was choking her, and she’s OK now.”
“Well what’s this all about? Why are the police in my house?”
Just then, the two policemen reappeared from the house, half-carrying a white-faced figure, a man in a dark grey sweater and jeans, who, it seemed, could hardly walk. There was blood all over him.
“My God,” said Joanne, “how did he get in there? And how did you know he was there?”
“I think he must be a burglar,” said the doctor. “I knew he was there because when I finally removed what was stuck in Sheba’s throat, it turned out to be three human fingers. I don’t think he’s a very happy burglar.”
9) Where did Joanne work?
A) an advertising agency
B) a vet’s surgery
C) a Mercedes dealer’s office
D) the text does not say
10) Why was she angry at the beginning of the story?
A) She was lost.
B) She had lost a client at work.
C) She was stuck in a traffic jam.
D) Her dog was sick.
11) Why did she take the dog to Dr. Sterne’s surgery?
A) It was time for Sheba’s checkup.
B) The dog couldn’t breathe properly.
C) She wanted to get her out of the house.
D) The doctor had asked to see her.
12) Why did she leave the dog at the surgery and drive home again?
A) She wanted to catch a burglar.
B) The dog was too sick to come home.
C) The doctor wanted to keep her.
D) Joanne wanted to change her clothes.
13) How long did it take Joanne to drive home from the surgery?
A) two minutes
B) ten minutes
C) an hour
D) the text does not say
14) What happened as she arrived home for the second time?
A) The police arrived.
B) The phone rang.
C) The dog died.
D) A burglar was just escaping.
15) Why did the doctor tell her to get out of the house?
A) There was a dangerous dog in there.
B) It was on fire.
C) He knew there was a burglar inside.
D) He wanted to meet her outside.
Dapat tak jawapan utk contoh soalan di atas?
Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Arkib S19 di Seksyen B ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan panduan exam Pembantu Arkib Gred S19 di bawah.
Atau pun,
Boleh baca dahulu perkongsian kawan karib abang Jay ni (beliau adalah seorang yg pakar dalam exam SPA) yang membincangkan jenis-jenis & contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Panduan & Contoh Soalan Pembantu Arkib S19
Untuk sesi 2020, panduan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu exam online SPA yang berbeza drpd sesi terakhir exam.
Tapi Abang Jay, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Ni?
1) Hati korang jadi riang ria
Nota Ringkas & padat dlm panduan contoh soalan Pembantu Arkib S19 ni akan menjimatkan tenaga korang. X payah berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Hehe..
2) Lebih masa main Mobile Legend
Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn abang Jay pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan panduan contoh soalan Pembantu Arkib S19, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
3) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan Pembantu Arkib S19 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti serta mengkaji soalan SPA. Drpd era SPA masih menjalankan exam secara bertulis & berpusat lagi!
4) Memudahkan hidup korang
Skema jawapan dalam panduan contoh soalan Pembantu Arkib S19 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak payah tarik rambut sampai putus mencari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus & persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.
6) Boleh simpan duit lebih (utk kawin)
Panduan contoh soalan Pembantu Arkib S19 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej agak murah sikit & ada pakej lagi agak kureng murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Panduan contoh soalan Pembantu Arkib S19 ni murah giler. Korang hanya kena laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal utk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Cara Beli Panduan Penuh Pembantu Arkib S19
Arahan:
- Klik Panduan Pembantu Arkib S19.
- Scroll ke bawah & klik button ‘Beli Sekarang’.
- Scroll ke bawah & pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
- Scroll ke bawah & masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
- Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).
Confirm Lulus Ke Abang Jay Kalau Saya Beli Panduan Ini?
Abang Jay tak berani janji apa-apa. Perkara lulus ni kita serahkan pd Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..
Namun, apa yang abang Jay recommend ni adalah panduan & contoh soalan Pembantu Arkib S19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota2, contoh soalan, skema jawapan & penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh exam Pembantu Arkib S19 korang tiba.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Dah Lupa Formula Matematik La Abang Jay..
Jangan risau. Dalam panduan Pembantu Arkib S19 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan juga jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.
Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah drpd soalan-soalan yang biasa ditanya dalam exam kerajaan sepanjang 2015-2020.
Tak payah ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam panduan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Utk korang yang serius tak nak buang masa & nak sukses.
Exam Da Dekat Ni Abang Jay, Sempat Ke Pos Buku Ni?
Panduan Contoh Soalan Pembantu Arkib S19 ni BUKAN BUKU. Tiada pengeposan & tiada penghantaran yg perlu dibuat.
Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download utk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.
Cara ni lebih cepat utk korang mula study!
Korang x payah tunggu whatapps drpd orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).
Korang juga tak payah dan tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.
Tapi Abang Jay, Saya Lebih Suka Baca Buku..
Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding-kan. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Panduan ni bukan dijual selama-lamanya.
Jadi, Demikianlah Adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan Pembantu Arkib S19 yang akan korang hadapi pd 26 November 2020 ini.
Satu lagi, contoh soalan Pembantu Arkib S19 yang abang Jay bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai panduan sahaja.
Jom Kerja Kerajaan!