jomkerjakerajaan.com tiada kena mengena dengan Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Begitu juga, abang Jay serta blog abang Jay yg tidak seberapa ini sesungguhnya berikrar & berjanji bahawasanya kami tiada kaitan dengan mana-mana agensi-agensi kerajaan yg lain.
Sebarang contoh soalan sama ada untuk peperiksaan online mana-mana jawatan kerajaan, ujian psikometrik atau sesi temuduga adalah bukan contoh sebenar. Ia hanya soalan mirip & jauh sekali soalan bocor. Abang Jay nafikan sekeras-kerasnya.
Niat abang Jay murni dan tulus. Jadi janganlah korang salahertikan. Abang Jay dan blog abang Jay yg seadanya ini cuma bertujuan membantu para graduan lepasan UPSR, PT3, SPM, diploma, ijazah bahkan Sarjana untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sektor awam.
Harus diingat juga difahami bahawa jomkerjakerajaan.com berhak menukar, meminda dan/atau mengubah Dasar Privasi (Privacy Policy) ini pada bila-bila masa dengan atau tanpa memaklumkan pengguna terlebih dahulu.
Privacy polisi ini bertujuan untuk menjawab di samping memaklumkan pengguna mengenai sumber-sumber dan jenis maklumat yg jomkerjakerajaan.com sebagai sebuah blog perkongsian maklumat kerjaya di sektor awam dikumpulkan, cara digunakan, bila ia mungkin dikongsi dengan pihak ketiga dan perlindungan kerahsiaan serta keselamatan maklumat.
Pengumpulan Maklumat
jomkerjakerajaan.com mengumpul maklumat dengan tujuan memberikan perkhidmatan yg lebih baik kepada penguna laman ini. Berikut cara-cara maklumat pengguna dikumpulkan:
- Daripada pengguna ketika memberikan maklumat tersebut kepada kami secara sukarela atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yg kami lantik.
- Daripada pelayar internet ketika pengguna melawat laman web kami dan pelayar pengguna berinteraksi dengan kami.
- Daripada sumber lain dan pautan ketika pengguna menggunakan laman ini.
- Daripada media sosial ketika anda berinteraksi dengan kami melaluinya.
Maklumat peribadi pengguna yg kami kumpulkan mungkin merangkumi tetapi tidak terhad kepada:
- Nama, alamat dan nombor telefon
- Alamat emel, nombor faks dan akaun media sosial
Penggunaan Maklumat
Secara asasnya, jomkerjakerajaan.com menggunakan maklumat pengguna untuk tujuan pentadbiran seperti memproses, mengesahkan, memenuhi serta melengkapkan transaksi dan permintaan pengguna untuk perkhidmatan kami.
Perkongsian Maklumat
jomkerjakerajaan.com sama sekali tidak berkongsi maklumat peribadi pengguna dengan mana-mana syarikat, organisasi dan/atau individu luar, melainkan dalam salah satu keadaan yg berikut:
Dengan Keizinan Pengguna
jomkerjakerajaan.com hanya akan berkongsi maklumat peribadi dengan syarikat, organisasi serta individu luar apabila kami mendapatkan keizinan pengguna untuk berbuat demikian. Kami memerlukan kebenaran memilih masuk untuk perkongsian sebarang maklumat peribadi yg sensitif.
Korang da hadam? Tak paham lagi? Ha.. Ulang baca sekali lagi.
Jangan lupa, kesemua perkongsian yang pernah diterbitkan di blog jomkerjakerajaan.com ini boleh diakses di halaman Sitemap.
Salam sayang daripada abang Jay!