Korang dpt panggilan peperiksaan negeri atau agensi kerajaan negeri atau agensi kerajaan persekutuan? Sampai saat ini masih tak pasti apa nak prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah yg boleh dipercayai? Gagal Peperiksaan online negeri akan ‘membunuh’ peluang korang untuk dipanggil ke stage temuduga dan seterusnya dilantik ke jawatan kontrak dan kemudiannya diserap sebagai penjawat tetap.
Gagal peperiksaan negeri / agensi kerajaan negeri / agensi kerajaan persekutuan juga akan ‘meranapkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abang Pegawai Kerajaan Negeri yang hensem’ atau ‘Akak Kerajaan Negeri yg cantik’. Gagal peperiksaan online negeri juga semestinya ‘memadamkan’ impian korang untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yg menjadi permata keluarga – yg bakal banyak berbakti kelak.
Gagal peperiksaan agensi kerajaan negeri ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg sering menjadi’sebutan’ mak di hadapan kawan-kawannya semasa membawang. Dan gagal peperiksaan agensi kerajaan negeri ini juga sudah pasti ‘memudarkan’ anganan korang untuk menjadi nama anak yg selalu menjadi ‘kebanggaan’ ayah di hadapan rakan-rakannya semasa kupi-kupi di kedai mamak (selepas PKPB dan PKPD ni dah berakhir kelak insyaAllah).
Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah (Updated 2021) yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah yang disediakan di bawah.
Bertuahnya, korang juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama menghadapi peperiksaan online (PSEE) negeri pada tahun ini.
Makluman: Asalnya rujukan eXtra seksyen Daya Penyelsaian Masalah ini adalah untuk kegunaan calon yang dipanggil ke peperiksaan online SPA. Tetapi, rujukan ini juga boleh digunakan sebagai bahan ulangkaji dan latih tubi untuk calon-calon peperiksaan online panggilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) untuk jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 (Kontrak) dan Penghulu Gred NP29 pada 17 Januari 2023. Serta jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) Gred N19 pada 16 Januari 2023. Tapi, pastikan korang buat carian sendiri dan buat bacaan tambahan mengenai isu Johor, tanah Johor, adat istiadat Johor dan maklumat lain berkaitan negeri Johor Darul Ta’zim! Ini penting!
Pengenalan Seksyen Daya Penyelesaian Masalah
Apa itu Seksyen Daya Penyelesaian Masalah?
Basically, Seksyen Daya Penyelesaian Masalah (panggilan exam oleh negeri) adalah bertujuan menguji dan mengukur kebolehan calon dari aspek Numerical Reasoning, seperti yang telah dijelaskan oleh Bahagian Pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan dan kebolehan calon dalam menggunakan logik, interpretasi data dan penggunaan angka.
Item-item soalan dalam seksyen Daya Penyelesaian Masalah digunakan untuk mengukur keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.
Senario Semasa Peperiksaan Negeri/Agensi Kerajaan Negeri
Untuk menyandang jawatan dalam perkhidmatan awam negeri, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang diisyaratkan.
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.
Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Dan ini amat malang sekali.
Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam Seksyen Daya Penyelesaian Masalah di bahagian B.
Format Peperiksaan Online Negeri/Agensi Kerajaan Negeri
Format Peperiksaan online negeri / agensi kerajaan negeri / agensi kerajaan persekutuan telah mengalami evolusi dan mendapat perubahan ketara berbanding tahun-tahun lepas.
Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan untuk jawatan Pegawai Tadbir Gred N41 dan Penolong Akauntan Gred W29 untuk sesi 2017 berbeza dengan format 2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.
Untuk lebih jelas, teliti contoh di bawah.
Format 2016/2017 vs Format 2022/2023
Format Peperiksaan Online Negeri 2016/2017
Seksyen A: Ujian Sahsiah dan Minat
Seksyen B: Daya Penyelesaian Masalah
Format Peperiksaan Online Negeri 2020/2023
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Penyelesaian Masalah
Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris |
Eh.. bukan sama ke Abg Jay?
Nampak saja macam sama. Tak. Penilaian dah jadi 3 (tiga) Seksyen. Sila perhatikan, ada perubahan di situ. Seksyen Ujian Sahsiah dan Minat ditiadakan dan telah digantikan dengan seksyen Pengetahuan Am.
Di samping, tambahan satu seksyen baharu iaitu Kefahaman Bahasa Inggeris!
Elak Daripada ‘Menangis Tak Berlagu’
Jadi, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada Seksyen Daya Penyelesaian Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘menangis tak berlagu‘ dek kerana gagal dalam keputusan peperiksaan online negeri / agensi kerajaan negeri / agensi kerajaan persekutuan.
Satu lagi, yang turut tidak kurang pentingnya ialah Seksyen Pengetahuan Am. Ia melibatkan soalan-soalan berkaitan kenegaraan, seperti:
- isu-isu semasa,
- hal ehwal politik,
- dasar-dasar awam,
- pengurusan sumber ekonomi,
- pengurusan sumber kewangan,
- pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi,
- serta keselamatan negara
Untuk penjelasan detil mengenai seksyen Pengetahuan Am ini, korang boleh baca contoh soalan Pengetahuan Am yang membincangkan seksyen ini dengan jelas.
Pendekatan Dalam Menjawab Soalan Daya Penyelesaian Masalah
Seksyen ini memerlukan korang mencari jalan penyelesaian (melalui jalan kira) bagi menjawab permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran logik,
- kebolehan menginterpretasi data
- melalui pemahanan konsep-konsep matematik.
Loya & Mual Angka
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya mual angka‘ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan dan rumus saja terus rasa nak pitam dan hampir-hampir give up.
Namun, jangan terlalu bimbang, kerana dalam Peperiksaan panggilan negeri atau agensi kerajaan negeri untuk gred 41 dan ke bawah, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?
Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, abg Jay cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik (macam IQ test)
Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah dan Jawapan
Soalan di bawah merupakan versi update. Jawapan turut disediakan untuk setiap soalan. Korang boleh cuba jawab contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah di bawah.
Abg Jay tekankan – cuba jawab dahulu tanpa melihat jawapan. Dapat ke tak korang mencari jawapannya.
Markah penuh ialah 19 (satu markah untuk setiap item).
Sila bandingkan jawapan korang dengan skema jawapan yang telah disediakan di bahagian bawah.
19 Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah (Updated 2021)
1) Amirul Haziq memandu kenderaan dengan kelajuan 110 km/jam. Hitung anggaran masa yang digunakan oleh Amirul Haziq untuk bergerak sejauh 380 000 m.
A. 3 Jam 45 Minit
B. 3 Jam 27 Minit
C. 3 Jam 20 Minit
D. 3 Jam 14 Minit
2) Faktorkan ungkapan kuadratik ini: 12s2 + 4s .
A. 4s (6s + 2)
B. 6s (s + 2)
C. 4s (s + 1)
D. 4s (3s+1)
3) Pecahan manakah yang tidak sesuai dalam kumpulan pecahan berikut?
| 2/8 | 3/81 | 4/256 | 5/625 |
A. 2/8
B. 3/81
C. 4/256
D. 5/625
4) Luas sebuah segitiga sama sisi adalah 389.7 cm2. Jika tinggi segitiga sama sisi adalah 25.98 cm, cari perimeter segitiga sama sisi tersebut.
A. 60 cm
B. 75 cm
C. 90 cm
D. 120 cm
5) Mia Sarah memerlukan 3 meter reben untuk mengikat 4 kotak hadiah. Berapakah panjang, dalam cm, reben yang diperlukannya untuk mengikat 3 kotak hadiah ?
A. 22.5 x 100 cm
B. 2.25 x 100 cm
C. 3.25 x 10 cm
D. 3.25 x 100 cm
6) Sekiranya harga petrol RON 95 meningkat daripada RM2.72 kepada RM 3.70 seliter, berapakah peratus peningkatan harga petrol RON 95 tersebut?
A. 42.34%
B. 35.52%
C. 40.33%
D. 36.03%
7) Kelas 4 Orkid ada 50 orang murid, 80% daripada pelajar telah memasuki kuiz dan 1/2 daripadanya gagal. Berapakah bilangan pelajar yang lulus dalam kuiz tersebut?
A. 23
B. 32
C. 20
D. 25
8) Dalam Persatuan Bola Tampar SMK Seri Murni II, terdapat 10 orang berat 35 kg, 20 orang berat 40 kg. Berapakah purata berat ahli dalam persatuan tersebut?
A. 45.3 kg
B. 50.3 kg
C. 38.3 kg
D. 48.3 kg
9) Hitungkan 144 ÷ (14 – 6 + 4) x ( – 6) =
A. -72
B. -60
C. -54
D. -46
10) Suhaibatul Ashla mempunyai RM220. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli M buah buku dengan harga RM22 seunit dan N batang pensil dengan harga RM2 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah
A. N + 11M = 110
B. 11M + 2N = 220
C. M + N = 22
D. 22M + N = 120
11) Daisy Thien mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.
A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55
12) x(x-2y)-(y-x)2 =
A. –y2
B. 2×2-y2
C. 2xy-y2
D. -2xy-y2
13) Cari median bagi taburan nombor berikut:
| 23 | 25 | 23 | 23 | 24 | 25 | 24 | 25 |
A. 23.5
B. 24
C. 24.5
D. 25
14) Kereta Encik Mundakamal menggunakan 5 liter 500ml petrol setiap hari. Berapakah isi padu petrol yang digunakan dalam masa 4 hari ?
A. 21 liter
B. 21 liter 500 ml
C. 22 liter
D. 22 liter 500ml
15) Dalam satu pertandingan Bola Sepak 7 sebelah. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut.
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
16) Ah Kham mempunyai 280 biji buah rambutan. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah rambutan untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Aarushi, Solimun dan Gaby. Berapakah biji buah rambutan yang diperoleh oleh setiap rakannya?
A. 40 biji
B. 60 biji
C. 70 biji
D. 80 biji
17) Dalam satu pertandingan jalan kaki, Aditi berada 15m di depan Sandra. Aditi melangkah 1m setiap kali kaki Sandra melangkah 0.8m. Berapa kali langkahan perlu dibuat oleh Sandra bagi menyamai Aditi?
A. 70 langkah
B. 75 langkah
C. 80 langkah
D. 85 langkah
18) Syarikat AaBbCc Sdn Bhd telah membeli peralatan pejabat pada bulan Januari 2005 dengan kos berjumlah sebanyak RM 40,000.00. Peralatan ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM 10,000.00 dengan tempoh usia guna selama 5 tahun. Berdasarkan kaedah susut nilai garis lurus, berapakah nilai susut nilai tahunan peralatan pejabat berkenaan?
A. RM4,000.00
B. RM6,000.00
C. RM8,000.00
D. RM9,000.00
19) Harga kos set kecantikan di Syarikat Putih Gebu ialah RM120. Harga jual set kecantikan itu ialah RM150. Set kecantikan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Putih Gebu mengalami…
A) Keuntungan sebanyak RM60
B) Keuntungan sebanyak RM30
C) Kerugian sebanyak RM60
D) Kerugian sebanyak RM30
Skema Jawapan Soalan Daya Penyelesaian Masalah (Updated 2021)
- B
- D
- A
- C
- B
- D
- C
- C
- A
- A
- D
- C
- C
- C
- A
- D
- B
- B
- C
Dah semak? Dapat berapa betul?
Korang yang dapat markah sebanyak 18 atau 19. Tahniah abg Jay ucapkan. Ada harapan la tu utk exam negeri nanti..
Bagi yang dapat markah 15 dan ke bawah. Korang berada dalam kedudukan berbahaya. Segera dapatkan rujukan di bawah untuk meningkatkan persiapan korang!
Jadi, demikianlah beberapa Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah (Updated 2021) yang sempat dibincangkan dalam perkongsian ni. Sekali lagi abg Jay ingatkan, korang cuba dulu jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri. Kemudian barulah semak jawapan tu betul ke idok dengan skema yang disediakan.
Tolong abg Jay ya. Tolong jangan tipu diri sendiri..
Abg Jay tahu korang tentu perasan, dan tertanya-tanya dalam hati..
‘Mana jalan kiranya abg Jay?‘
‘Camna bole dapat jawapan B pula ni?’
‘Tak faham la abg Jay, cara nak dapat jawapannya.‘
Jadi, jika korang mahu lebih banyak contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah yang dilengkapi dengan skema jawapan yang lebih padu dan penjelasan jalan kira yang terperinci. Segera dapatkan rujukan di bawah!
Rujukan & Contoh Soalan Daya Penyelesaian Masalah
Rujukan ini mengandungi contoh soalan seksyen Daya Penyelesaian Masalah yang berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Aawam negeri / agensi kerajaan negeri.
Cara tempah :
- Klik Rujukan Daya Penyelesaian Masalah.
- Scroll ke bawah, klik ‘Pilih Rujukan Anda’
- Scroll ke bawah, pilih ‘Pilihan Single #2’ (yg kaler hijau tu).
- Scroll ke bawah,masukkan emel dan klik butang ‘Proceed to checkout’.
- Pada halaman seterusnya, tak perlu isi ruangan ‘cupon’ tu. Lengkapkan billing information dan klik butang ‘complete your order’.
- Di laman seterusnya, pilih online banking korang, tick kotak yg ada dan klik butang ‘pay’.
- Kemudian, korang kena login ke MyBSN atau CIMBClicks atau apa-apa internet banking korang utk selesaikan bayaran.
- Korang akan menerima emel yg mengandungi link download rujukan dlm tempoh 24 jam (maksimum).
Tapi Abg Jay, Kenapa saya kena beli rujukan ni?
1) Hati korang jadi riang ria
Nota Ringkas & padat dalam rujukan Daya Penyelesaian Masalah ini akan menjimatkan masa persediaan exam korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin merantau satu internet. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.
2) Guna pengalaman 15 tahun kami
Contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah yg diberikan akan membiasakan korang dengan format exam. Bukan soalan bocor, tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam pengalaman kami selama 15 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan exam kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Semenjak dari era exam kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri masih bertulis dan masih berpusat!
3) Memudahkan hidup korang
Skema jawapan bagi semua contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah diberikan selengkapnya. Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak perlu susah-susah buat pengiraan. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.
4) Boleh simpan duit lebih (untuk majlis tunang)
Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen daya penyelesaian masalah saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu. Buat majlis tunang.
Tak pon buat beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Kan..
5) Honda City
Lastly, rujukan Daya Penyelesaian Masalah ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Malah boleh beli rumah cantik. Honda city sudah la pasti. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Tu la sebab kenapa korang bukan setakat kena beli. Tapi kena beli sekarang juga rujukan ni!
Tapi Abg Jay, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?
Abg Jay tak berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup. Apatah lagi lulus.
Rujukan ini hanya sekadar sedikit usaha. Usaha untuk meningkatkan peluang korang untuk lulus.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtu la lebih kurang situasinya.
Namun, abg Jay berani cakap, rujukan yang abg Jay recommend ni adalah rujukan contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah terbaik yang ada di pasaran setakat ini.
Tapi Abg Jay, sempat ke pos buku ni?
Rujukan & contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Link download akan diberi selepas bayaran dibuat.
Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran sudah disahkan. Jadi korang x payah duduk tercongok depan pintu, tunggu orang yang hantar barang tak kunjung sampai.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Walau bagaimanapun, kalau korang yang banyak sangat ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku.
Namun, harus diingat. Contoh-contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah yang abg Jay bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki ujian peperiksaan negeri / agensi kerajaan negeri!
Jom kerja kerajaan negeri!
Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) Gred N19