Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29

Korang dipanggil ke Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 14 April 2021 – 22 April 2021 ini? Sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare dan masih lagi tercari-cari contoh soalan daya menyelesaikan masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA/JPA yg bagus?

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 Jabatan Perkhidmatan Awam

Korang pasti sedar dan tahu bahawa gagal dalam Peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ini akan ‘memusnahkan’ peluang untuk dipanggil ke stage temuduga dan memang amat jauuuh sekali daripada menerima lantikan jawatan tetap. Nampak gayanya hasrat suci murni dalam sanubari korang itu terpaksa ditunda lagi. Ini sudah kali keberapa.. Hurmmm..

Tapi nanti sebentar!

Korang sudah tiba ke tempat yang selamat. Tempat ni memang betul. Sudah tidak perlu ke mana-mana web lain lagi. Siapa tahu post ini bakal mengubah nasib dan masa depan korang! Jadi sila beri perhatian penuh dalam bacaan.

Baca: Contoh Soalan Akauntan Gred WA41

Berikut adalah makluman terkini yang sudah dikeluarkan oleh SPA.

Sila buat semakan semula nama korang untuk memastikan bahawa korang memang dipanggil menduduki exam online Penolong Pegawai Tadbir N29 ini.

Semakan Panggilan PSEE Penolong Pegawai Tadbir N29

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

TARIKH PEPERIKSAAN : 14 APRIL 2021 – 22 APRIL 2021

MASA PEPERIKSAAN : 2:00 PETANG – 3:00 PETANG

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-penolong-pegawai-tadbir-n29

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

Perubahan Format PSEE Penolong Pegawai Tadbir N29 2021

Kalau korang perasan, tahun ini SPA telah membuat sedikit perubahan lagi terhadap format exam online.

Tidak seperti tahun-tahun lepas. Pada tahun 2021 ini, hanya ada ada dua (2) seksyen dijadualkan dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29. Iaitu :

Seksyen A : Daya menyelesaikan Masalah

Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam perkongsian ini, Abg Jay akan perincikan Seksyen A termasuk format dan contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29.

Bagaimana pun, sekiranya korang mahu membaca dan memahami seksyen B dengan lebih baik, korang boleh dapatkan penjelasan lanjut berkaitan skop soalan BI yg sering keluar dalam exam N29 ini di Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Tadbir N29.

Calon yg layak menduduki exam online Penolong Pegawai Tadbir N29 sudah pasti sedang membuat persediaan. Pasti korang pun sama kan?

Calon peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang sedang mencari maklumat tambahan seperti nota padat, contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah (serta skema jawapan) boleh mengambil peluang dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan rujukan contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 yang akan Abg Jay edarkan di bawah.

Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Berdasarkan iklan terkini kekosongan jawatan SPA bertarikh 20 Oktober 2020, jumlah kekosongan jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang diperlukan di Jabatan Perkhidmatan Awam adalah seramai 43 orang. Manakala, calon simpanan pula adalah seramai 700 orang!

Jangan tanya Abg Jay kenapa begitu ramai simpanan. Tanya pihak SPA sendiri yer..

Bagi melayakkan korang menyandang jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29, korang wajib lulus terlebih dahulu dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 yang dijalankan.

Baca: Contoh Soalan Pembantu Makmal C19

Gagal Menjawab Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29

Andai calon terbabit berjaya dalam tapisan awal ini, barulah calon itu dipanggil ke temuduga. Akan tetapi, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal melepasi tapisan pertama iaitu : kegagalan menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29.

Terutamanya di Seksyen A yg mengandungi soalan-soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29.

Tahukah korang bahawa peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 diadakan khusus oleh pihak SPA Malaysia dengan objektif menguji kemahiran dan daya pemikiran calon mengaplikasikan informasi melalui latihan, pendidikan akademik dan pengalaman.

Untuk itu, sekiranya ingin lulus dengan cemerlang korang perlu bersedia dengan sebaik mungkin menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di seksyen Daya menyelesaikan Masalah.

Berikut adalah cadangan persediaan awal yang boleh korang lakukan :

  • Mengetahui tugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA
  • Mengetahui cara menjawab exam online Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA dengan betul
  • Melengkapkan diri dengan skema jawapan exam Penolong Pegawai Tadbir N29 JPA
  • Bersiap sedia dengan topik peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang berkemungkinan besar disoal
  • Membuat penyesuaian diri dengan contoh soalan exam Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA

Basically, itulah antara persiapan yang boleh calon-calon buat. Lebih dari itu, calon exam juga boleh mendapatkan rujukan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 di bawah yang telah membantu ramai calon terdahulu.

Baca: Contoh Soalan Penolong Jurutera (Mekanikal) JA29

Jadi Adakah Korang Calon Penolong Pegawai Tadbir N29

Calon peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang sedang mencari bacaan tambahan seperti nota padat, contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (serta skema jawapan) mungkin boleh mengambil peluang dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 yang Abg Jay edarkan di bawah.

Proses Lantikan Penolong Pegawai Tadbir N29

Bagi menjawat jawatan ini, calon mesti memenuhi syarat permohonan. Menduduki dan lulus peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 dan melepasi tapisan temuduga.

Ini adalah ringkasan proses pengambilan kakitangan awam. Proses aliran diringkaskan seperti di bawah :

1. Memenuhi syarat permohonan

2. Lulus peperiksaan

3. Lulus temuduga

4. Diberikan surat lantikan sementara

Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 JPA Sesi 2021

Exam online Penolong Pegawai Tadbir N29 merupakan peperiksaan tahap tinggi kerana mempunyai skor penilaian yang akan mengasingkan calon daripada latar akademik berbeza dan lingkungan persekitaran berlainan.

Kali ni Abg Jay ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan peperiksaan tersebut dalam entri khas ini dan bagaimana korang boleh mendapatkan panduan khas Penolong Pegawai Tadbir N29 nanti.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA

Di dalam seksyen ini, calon dikehendaki menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan-pendekatan di bawah :

(I) KEBOLEHAN LOGIKA

Calon Penolong Pegawai Tadbir N29 dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat yg diberi agar dapat memilih jawapan yang betul atau mengenaplasti jawapan yang salah!

(II) KEBOLEHAN MENGINTERPRETASI DATA

Calon exam Penolong Pegawai Tadbir N29 akan diberi soalan jenis penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan atau statistik. Korang perlu membuat analisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon mencari jawapan.

(III) KEBOLEHAN MEMAHAMI KONSEP MATEMATIK

Pecahan ini akan mengukur kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengesan aras kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif. Konsep matematik yang perlu digunakan dalam exam Penolong Pegawai Tadbir N29 ini merangkumi (tetapi tidak terhad) kepada algebra dan geometri.

Konsep-konsep asas matematik tersebut bagaimanapun tidak melebihi Sukatan Pelajaran SPM. Oleh yang demikian, aras soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon yang terlibat, tanpa mengira latar belakang akademik calon.

Berikut diberikan beberapa contoh soalan daya menyelesaikan masalah Penolong Pegawai Tadbir N29:

1) Perhatikan Jadual 1 di bawah.

XVRL?
Jadual 1

Apakah huruf berikutnya?

A) B
B) D
C) K
D) M

2) Syarikat Tanda Handal Technology Sdn Bhd mengadakan majlis ulang tahun. Antara acaranya ialah cabutan tiket bertuah. Setiap pekerja diberi sekali peluang untuk mencabut nombor bertuahnya daripada sebuah kotak. Kotak itu mengandungi kad-kad bernombor 10 hingga 99. Jika nombor bertuah ialah nombor yang sama digit, cari kebangkalian bahawa Syahkir tidak memenangi apa-apa hadiah.

A) 0.9
B) 0.8
C) 0.7
D) 0.6

3) Purata umur P, Q dan R ialah 16 tahun. Umur P dan Q adalah sama. Berapakah umur P jika umur R ialah 12 tahun?

A) 12
B) 14
C) 16
D) 18

4) Hasil tambah panjang dan lebar sebuah homestay berkonsepkan ala melayu deli satu tingkat ialah 100 m. Homestay berkonsepkan ala melayu deli itu mempunyai ruang lantai sebanyak 2500 meter persegi. Apakah panjang dan lebar homestay itu?

A) panjang 50 m dan lebar 50 m
B) panjang 51 m dan lebar 52 m
C) panjang 52 m dan lebar 54 m
D) panjang 53 m dan lebar 58 m

5) Maniam dan Angus, bila berkerja bersama, habis memasang jubin lantai sebuah bilik dalam masa 6 hari. Bila Maniam bekerja sendiri, dia mengambil masa 5 hari kurang daripada daripada Angus yang bekerja sendiri. Berapa lama Maniam dan Angus ambil untuk menghabiskan kerja ini sendiri tanpa bantuan?

A) Maniam = 10 hari , Angus = 15 hari
B) Maniam = 10 hari , Angus = 16 hari
C) Maniam = 11 hari , Angus = 17 hari
D) Maniam = 11 hari , Angus = 18 hari

6) Mr. Chang Hong Man menunggang motosikalnya sejauh 30 km dari rumahnya ke Hospital Besar Muar. Jika Mr. Chang Hong Man menambah laju puratanya sebanyak 10 km/j, masa yang diambil untuk perjalanan itu akan dikurangkan sebanyak 30 minit. Laju purata awalnya ialah..

A) 10 km/j
B) 20 km/j
C) 30 km/j
D) 40 km/j

7) Sebuah bekas mengandungi 98 batang ais krim coklat, 82 ais krim oren dan 76 ais krim cookie dough flavour. Jika sebatang ais krim di pilih secara rawak, apakah kebarangkalian mendapat sebatang ais krim cookie dough flavour?

A) 1/3
B) 9/32
C) 1/4
D) 19/64

8) Diberi 1010212ZZ232. Apakah ZZ?

A) 01
B) 02
C) 12
D) 13

9) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip dan masuk ke dalam takungan berbentuk pentakaidekagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisi air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk pentakaidekagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

10) Sebuah bekas mengandungi 3,000 biji gula-gula Amin mengambil 3/4 daripada jumlah gula-gula tersebut. Kemudian Ali mengambil 2/5 pula daripada Amin. Berapakah jumlah gula-gula yang tinggal pada Amin?

A) 450
B) 900
C) 1,350
D) 2,250

11) Sebuah kotak mengandungi 780 biji buah Rambai diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah buah Rambai tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki buah Rambai tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan buah Rambai yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

12) Diberi [100, 85, 70, 55, P, 25, X]. Apakah 2P bahagi X?

A) 5
B) 8
C) 10
D) 15

13) Hamdan Amrani memandu dari rumahnya ke satu tempat peranginan yang mengambil masa 5 jam 35 minit. Sekiranya Hamdan Amrani bertolak dari rumahnya pada pukul 8.50 pagi, pukul berapakah dia akan tiba di tempat peranginan tersebut?

A) 1.50 petang
B) 1.55 petang
C) 2.15 petang
D) 2.25 petang

14) Ketinggian bangunan baharu Syarikat Senduk Emas Berhad ialah 135m. Cari ketinggian (dalam cm) bangunan tersebut pada kertas lukisan jika dilukis dengan menggunakan skala 1:200.

A) 13.5cm
B) 60.7cm
C) 67.5cm
D) 135.0cm

15) Harga sepotong Kek Premium Nimak ialah RM15.35, manakala dua potong Kek Premium Mimak pula ialah RM29.55. Berapakah peratus penjimatan jika Amsani membeli 8 potong dari Kek Premium Mimak berbanding Kek Premium Nimak?

A) 3.75%
B) 4.60%
C) 96.25%
D) 122.80%

16) Satu nombor adalah 1 lebih daripada suatu nombor yang lain. Beza kuasa dua nombor ini ialah 17. Apakah nombor-nombor ini?

A) 10, 9
B) 10, 11
C) 9, 8
D) 7, 6

17) Dewan Utama Jabatan Perkhidmatan Awam ada 108 kerusi disusun dalam barisan dengan bilangan kerusi yang sama dalam setiap baris. Andaikan korang menghapus tiga baris dengan menambah enam kerusi dalam setiap baris. Berapa baris yang ada sekarang? Berapa kerusi dalam setiap baris ?

A) 8, 11
B) 9, 12
C) 10, 13
D) 11, 14

Setelah meneliti dan cuba menjawab contoh-contoh soalan daya menyelesaikan masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 di atas. Apa pendapat korang? Agak pening dan sakit kepala bukan?

Berita baiknya ialah..

Calon-calon yg memiliki kelulusan ijazah Matematik atau bidang pengajian berkaitan Matematik tidak memperolehi kelebihan di seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29. Ini kerana soalan yang dikemukan adalah soalan jenis logik sahaja. Tidak memerlukan rumus yang rumit-rumit.

Proses penyelesaian masalah tersebut hanya pengaplikasian konsep matematik di peringkat silibus SPM. Bak kata orang, semua calon “bertarung di gelanggang rata”.

Untuk koleksi lengkap contoh-contoh soalan beserta skema jawapan (termasuk jalan kira), korang digalakkan mendapatkan rujukan contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 di bawah.

Nota: Jualan rujukan contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 ini sudah dibuka utk tempoh terhad. Dapatkan sekarang sebelum jualan ditutup semula!

Rujukan Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29

Mengenai Rujukan Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29

Secara ringkas, rujukan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini mengandungi perkara-perkara berikut:

Rujukan persediaan exam online ini disusun khas mengikut format exam 2021 yang jauh berbeza dengan format 2016-2017

Dah tolong ramai calon lulus sebelum ini dan tahun ini Abg Jay doakan giliran korang pula!

Contoh soalan & cara penyelesaian setiap soalan. Jadi korang boleh dapat idea jelas apa dan bagaimana soalan ditanya. Tak perlu blurrr lagi!

Nota-nota ringkas Matematik. Tajuk-tajuk yang menjadi soalan lazim penilaian Seksyen Matematik SPA. Buat apa studi topik-topik yang tak pernah ditanya dalam exam SPA seperti “Plan & Dongakan”. Study yang pernah ditanya jer! Abg Jay tunjukkan.

Semua maklumat yang terkandung didalamnya adalah ilmu dan informasi yang benar dan tepat, yang dikumpul dan dihimpunkan daripada pengetahuan serta pengalaman calon-calon yang telah pun berjaya dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29.

Inilah satu-satunya rujukan dan panduan yang boleh korang gunakan untuk mencapai impian menjawat jawatan di sektor awam.

Berikut adalah apa yang korang akan miliki sekiranya mendapatkan rujukan daya menyelesaikan masalah ini :

  • Panduan lengkap yang menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon exam Penolong Pegawai Tadbir N29.
  • Huraian secara terperinci Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29.
  • Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 beserta skema jawapan untuk memudahkan ulangkaji pantas.
  • Nota khas matematik merupakan satu komponen dalam pakej ini yang bakal membantu korang!

Sedikit Peringatan

Sebelum korang melompat keriangan dan menyangka hidup ini begitu mudah. Suka Abg Jay ingatkan bahawa setiap panduan, contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29, tips dan sebagainya yang dihantar kepada korang hanyalah merupakan rujukan sahaja.

Sekadar rujukan dan bukan soalan bocor. Bukan juga jaminan korang akan lulus.

Namun, dengan adanya rujukan & contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 sebegini, korang boleh memperkemaskan diri sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 pada kali ini.

1 thought on “Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29”

  1. contoh soalan peperiksaan atas talian bagi memasuki perkhidmatan penolong pegawai tadbir n29 di perbadanan baitulmal negeri sabah 10/11/2021

    terima kasih Tuan

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!