Contoh Soalan Penguasa Bomba KB41

Korang fikir, korang hado masa untuk meng-google jawapan ketika sedang menjawab soalan exam online Penguasa Bomba KB41 ambilan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 19 November 2020 ni? Memang tak hado la kan. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Penguasa Bomba KB41 yang boleh dijadikan latihan calon exam. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan Penguasa Bomba Gred KB41 yang diberikan di bawah sebagai sebahagian latih tubi.

Contoh Soalan Penguasa Bomba KB41

Selain dari itu, korang juga boleh dapatkan panduan khas Contoh Soalan Penguasa Bomba KB41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan bahan rujukan sebelum hadir exam PSEE SPA pada kali ini.

Baca: Contoh Soalan Penolong Penguasa Bomba KB29

Permohonan Jawatan Kosong Penguasa Bomba Gred KB41

Seandainya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penguasa Bomba KB41 secara rasmi di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atau lain-lain kementerian/jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Penguasa Bomba KB41 adalah terbuka sepanjang masa & perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Penguasa Bomba KB41

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 30 Jun 2020, bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 40 tempat sahaja. Manakala, calon simpanan adalah seramai 40 orang.

Tidak perlu abang Jay tekankan betapa perlu. Dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh exam tiba. Korang da besar & da bleh pikir sendiri..

Ini satu bilangan yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Penguasa Bomba KB41 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Penguasa Bomba KB41 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Baca: Contoh Soalan Pembantu Operasi N11

Jadual Gaji Penguasa Bomba Gred KB41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penguasa Bomba KB41 ;

Gaji minimum – RM2,094.00
Gaji maksimum – RM9,604.00
KGT – RM225.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan serta kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penguasa Bomba dengan gred KB41 layak terima.

Deskripsi Tugas Penguasa Bomba Gred KB41

Apakah skop kerja atau senarai tugas Penguasa Bomba KB41?

Secara am, tugas seorang Penguasa Bomba KB41 dibahagikan kepada lima (5) aspek yang utama, yakni:

1) Aspek Operasi
Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan.
Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

2) Aspek Penguatkuasaan
Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

3) Aspek Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran
Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

4) Aspek Latihan
Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota

5) Aspek Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan
Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara

Syarat Lantikan & Kelayakan Penguasa Bomba KB41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan darpiada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,094.00)

atau

ijazah sarjan muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi penhajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 : RM2,300.73)

atau

Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,404.51)

atau

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,508.29)

atau

Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred KB41 :RM2,612.07)

Dan

Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:

  • Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Exam Online Penguasa Bomba KB41

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penguasa Bomba KB41 untuk tahun 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Penguasa Bomba KB41 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya ialah pada 19 November 2020.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penguasa Bomba KB41 selama satu jam dan empat puluh minit untuk setiap sesi exam yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.40 pagi.

Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!

Senario Exam Penguasa Bomba KB41

Syarat untuk menyandang jawatan Penguasa Bomba KB41, calon perlu, terlebih dahulu lulus exam online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam exam online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Penguasa Bomba KB41 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam exam online Penguasa Bomba KB41 terutama di bahagian B (Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah).

Format Exam Penguasa Bomba KB41

Format exam Penguasa Bomba KB41 sesi 2019/2020 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penguasa Bomba KB41 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2019/2020. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2016/2017 Vs Format 2019/2020

Format Penguasa Bomba KB41 – 2016/2017

  • Seksyen A: Ujian Sahsiah dan Minat
  • Seksyen B: Pengetahuan Am
  • Seksyen C: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penguasa Bomba KB41 – 2019/2020

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Abang Jay?

Yup, nampak macam sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 3 (tiga) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen UJIAN SAHSIAH DAN MINAT ditiadakan. Ia telah digantikan dengan seksyen PENGETAHUAN AM.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai exam Penguasa Bomba KB41 sesi exam 2016 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip serta trik cara sukses seksyan Ujian Sahsiah dan Minat. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya. Dan paling mengelirukan. Nasib baek dah takda.

Elak ‘Tertendang Pili Bomba’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah leka semasa operasi pemadaman dan penyelamatan lantas ‘tertendang pili bomba’. Cuma kali ini, bukan menjejaskan operasi. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam exam online SPA Penguasa Bomba KB41!

Sementara, untuk seksyen C, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi..

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada abang Jay mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen serta penjelasan topik.

Contoh Soalan Penguasa Bomba KB41 – Seksyen Pengetahuan Am

Dalam banyak2 seksyen yang ada dalam exam online SPA Penguasa Bomba KB41, paling susah nak skor ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa?

Ini adalah disebabkan skop soalan seksyen Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41 adalah cukup luas dan bidang yg disoal adalah amat sukar diramal.

Walaubagaimanapun, suka sekali abang Jay mencadangkan korang untuk membuat pembacaan ringan mengenai topik-topik yang abang Jay suggest di bawah:

  • Soalan Berkaitan Jawatan
  • Skop Tugasan Badan & Penjawatan
  • Isu-isu Nasional
  • Dasar Pentadbiran Negara
  • Tarikh Bersejarah & Fakta Penting
  • Struktur organisasi kerajaan Malaysia
  • Majlis Raja-Raja
  • Jata & lambang Negara
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Badan perundangan
  • Menteri & Kementerian
  • Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia
  • Fungsi & struktur Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Deskripsi tugas jawatan Gred KB41

Di bawah beberapa contoh soalan Penguasa Bomba KB41 – Seksyen A : Pengetahuan Am

1) Matlamat “Order Baru Ekonomi Dunia” bertujuan untuk

A. memberi bantuan teknologi dan pemindahan teknologi.
B. memberi pinjaman kepada negara – negara membangun.
C. membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa yang sedia ada.
D. meningkatkan bantuan kewangan negara – negara perindustrian kepada negara – negara Dunia Ketiga.

2) Pihak manakah yang melindungi penyimpan daripada kehilangan sebahagian atau kesemua deposit di bank- bank Malaysia?

A. Bursa Malaysia
B. Bank Negara Malaysia
C. Kementerian Kewangan Malaysia
D. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

3) Fokus utama bidang pembangunan Bio-teknologi negara ialah

I. pertanian
II. industry
III. kosmetik
IV. penjagaan kesihatan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, III dan IV

4) Keahlian seseorang anggota Dewan Rakyat dianggap sebagai terhenti apabila

A. mengeluarkan perkataan yang boleh menjejaskan perpaduan kaum.
B. gagal memmatuhi arahan YDP Dewan Rakyat dalam aturan mesyuarat.
C. diarah oleh YDP Dewan Rakyat supaya keluar dari dewan semasa persidangan.
D. tidak hadir dalam persidangan Dewan Rakyat selama 6 bulan secara berterusan tanpa keizinan YDP Dewan Rakyat.

5) Pentadbiran Tanah Negeri dan Daerah bertanggungjawab dalam aktiviti berikut kecuali

A. Mengutip cukai pintu
B. Mendaftarkan hak milik strata
C. Memproses permohonan menggadai tanah
D. Memproses permohonan memecah sempadan

6) Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Wakil – wakil daripada Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada

I. Goh Keng Swee
II. V. T Sambanthan
III. Tunku Abdul Rahman
IV. Datu Mustapha Bin Datu Harun

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

7) Sistem telekomunikasi merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer serta sistem telekomunikasi di seluruh dunia. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi berikut kecuali

A. Protokol/ Seni bina Telekomunikasi (OSI).
B. Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian (SMS).
C. Teknologi Media Penghantaran (Gentian Optik).
D. Perisian Bebas/ Sumber Terbuka (Open Office).

8) Penerima pingat yang dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara akan membawa gelaran

A. Tun
B. Datuk
C. Tan Sri
D. Dato’ Seri

9) Tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ialah

I. kebajikan masyarakat
II. perparitan dan pengairan
III. perdagangan dan perusahaan
IV. perancangan kampung dan Bandar

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV

10) Semua hasil cukai pintu dan cukai hiburan di sesebuah negeri terletak di bawah bidang kuasa

A. Kerajaan Negeri
B. Kerajaan Tempatan
C. Kerajaan Persekutuan
D. Jabatan Hasil Dalam Negeri

11) Diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada tahun 2009 dan menggariskan dua objektif utama iaitu menjadikan kerajaan lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan memacu Malaysia ke arah masyarakat yang maju. Pernyataan ini adalah merujuk kepada

A. 1 Malaysia
B. Model Ekonomi Baru
C. Rancangan Malaysia Ke-10
D. Program Transformasi Kerajaan

12) Manakah antara yang berikut dikategorikan sebagai jawatan dalam Perkhidmatan Awam?

I. Ketua Menteri
II. Ketua Hakim Negara
III. Ketua Setiausaha Negara
IV. Ketua Setiausaha Kementerian

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

13) Agensi yang diberi tanggungjawab untuk meningkatkan dan membantu usaha pertumbuhan serta perkembangan perdagangan luar Malaysia, terutama eksport barangan yang mempunyai nilai tambah dan perkhidmatan ialah

A. MITI
B. MIDA
C. MIDF
D. MATRADE

14) Objektif pelan Integriti Nasional (PIN) adalah sebagai garis panduan

A. mengenai etika kerja kepada semua kakitangan kerajaan.
B. mengenai pembentukan masyarakat yang kukuh moral dan etikanya.
C. untuk anggota swasta yang beum mempunyai pelan etika kerja yang selaras.
D. untuk meyelaraskan etika kerja semua kakitangan awamdan swasta ke arah pembentukan kakitangan yang berdisiplin dan beretika.

15) Manakah antara yang berikut termasuk di dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)?

A. Minyak, gas dan tenaga serta minyak sawit
B. Perhutanan, perikanan dan Industri Kecil Sederhana
C. Perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan perniagaan
D. Elektronik dan elektrik, kandungan dan infrastruktur komunikasi serta Greater Kuala Lumpur

Untuk lebih banyak contoh soalan (dan skema jawapan) bagi seksyen A Penguasa Bomba KB41 ini. Korang boleh dapatkan panduan exam Penguasa Bomba Gred KB41 berikut.

Contoh Soalan Penguasa Bomba KB41 Pengetahuan Am

Selain itu,

Korang juga boleh baca dahulu perkongsian sahabat abang Jay ni (seorang yg memang pakar dalam exam kerajaan) yang menerangkan contoh soalan Pengetahuan Am Penguasa Bomba KB41 dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap cara menangani soalan dalam seksyen A ini.

Contoh Soalan Penguasa Bomba KB41 – Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai Duk Mencangkung sambil ‘Nangis Di Tepi Pili’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘nyampah dan mata berpinar’ terhadap soalan yang berkaitan nombor & digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam di samping nyampah giler. Padahnya ‘nangis kat tepi pili bomba’ la selepas result exam SPA keluar nanti.

Walaupun dikatakan bahawa dalam exam online Penguasa Bomba KB41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Tetapi latih tubi yang banyak diperlukan. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, abang Jay cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Penguasa Bomba KB41 – Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Niezam ialah adik kepada Hafizey. Selain turut tampan seperti abangnya, Niezam juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Niezam untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Kerapu yang dibeli Uncle Hamid ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Kerapu Uncle Hamid?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Jeffryson membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Jeffryson dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Hussein baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penguasa Bomba Gred KB41 di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Hussein membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna silver daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna silver yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Judo Kolej Kenanga membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Judo Kolej Kenanga yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Amadi dan Mukerji masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Amadi mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Prisma pentakaidekagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma pentakaidekagonal O. Prisma pentakaidekagonal P pula lebih berat daripada Prisma pentakaidekagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma pentakaidekagonal M. Susun kedudukan Prisma pentakaidekagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta BMW Glittering Silver Metallic terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW Glittering Silver Metallic terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 2 bilik tidur dan 2 bilik air di Tambunan ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu Y dan ruang tamu Z. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu Z?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Annabella Gloria seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Annabella Gloria dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk heksadekagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk heksadekagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Mentega (berasal dari Filipina). Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah buah Mentega tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah buah Mentega daripada Tajol. Berapakah jumlah buah Mentega yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Rabbi diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Rabbi tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Rabbi tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Rabbi yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B Penguasa Bomba KB41 ini. Korang boleh dapatkan panduan exam Penguasa Bomba Gred KB41 berikut.

Contoh Soalan Penguasa Bomba KB41 Daya Menyelesaikan Masalah

Atau pun,

Korang boleh baca saja dahulu post kawan abang Jay (beliau seorang yg memang pakar dalam exam kerajaan) yang khusus membincangkan jenis-jenis & contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Penguasa Bomba Gred KB41 – Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Penguasa Bomba KB41. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas & diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Sanjeet needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Melanie Ang has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Melanie has three animals in total.
B) Melanie has more cats than dogs.
C) One of Melanie’s cats is black.
D) All of Melanie’s dogs have spots.

3) Baiduri’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Zehra Kharisma lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Zehra Kharisma lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Azrai said to his wife.

A) Azrai told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Azrai told his wife to cook his special dinner that night.
C) Azrai’s wife will cook a special dinner with Azrai at night.
D) Azrai’s wife told Azrai to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Jumadil live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Isma __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King Hugh IV was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 10).

Alfred Hitchcock was a man with vivid imagination, strong creative skills and a passion for life. With his unique style and God-gifted wit he produced and directed some of the most thrilling films that had the audience almost swooning with fright and falling off their seats with laughter.

Alfred Hitchcock was greatly influenced by American films and magazines. At the age of 20, he took up a job at the office of Paramount Studio, London. Using imagination, talent and dedication, he made each of his endeavours a success. He took great pleasure in working in the studio and often worked all seven days a week.

He moved to the USA in 1939 and got his American citizenship in 1955. Here, he produced many more films and hosted a weekly television show. No matter from where his ideas came, whether a magazine article, a mystery novel or incident, his films had the typical “Hitchcock touch”-where the agony of suspense was relieved by interludes of laughter! Hitchcock was knighted in 1980.

9) What qualities helped Hitchcock achieve success?

A) his imagination, creativity and passion for life
B) his hard work, his imagination and his sense of humour
C) his creativity, his passion for life and his sense of humour
D) his imagination, his talent and his dedication

10) What is Alfred Hitchcock famous as?

A) writer
B) film producer
C) Television actor
D) film actor

Read the following paragraphs to answer the next five questions (Questions 11 – 15).

I was overwhelmed with gratuitous advice. Well-meaning yet ignorant friends thrust their opinions into unwilling ears. The majority of them said I couldn’t do without meat in the cold climate. I would catch consumption. Mr Z went to England and caught it on account of his foolhardiness. Others said I might do without flesh but without wine I could not move. I would be numbed with cold.

One went so far as to advise me to take eight bottles of whisky, for I should want them after leaving Aden. Another wanted me to smoke, for his friend was obliged to smoke in England. Even medical men, those who had been to England told the same tale. I replied that I would try my best to avoid all these things, but if they were found to be absolutely necessary I did not know what to do.

I may here mention that my aversion to meat was not so strong then as it is now. I was even betrayed into taking meat about six or seven times at the period when I allowed my friends to think for me. But in the steamer, my ideas began to change. I thought I should not take meat on any account. My mother, before consenting to my departure, had exacted a promise from me not to take meat. So, I was bound not to take it, if only for the sake of the promise. The fellow passengers in the steamer began to advise us (the friend who was with me and myself) to try it.

— M K Gandhi.

11) The advice the narrator received from his friends was NOT…………………..

A) well-meaning
B) uncalled for
C) sought after
D) given by friends

12) When was the narrator offered the advice?

A) when he was leaving for England
B) when he was in Aden
C) when he had started eating meat
D) when he was on the steamer

13) Why did the narrator’s friends advise him to take meat?

A) everyone in England ate meat
B) meat would cause consumption
C) meat-eating would keep him healthy
D) he would find it tasty

14) The narrator was reluctant to eat flesh as ……………………….

A) he had never eaten it before
B) he did not like the taste
C) it was not available on the steamer
D) he had promised his mother he would not do so

15) What does the term consumption here refer to?

A) eat
B) give up
C) a disease
D) cold

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Penguasa Bomba KB41 di Seksyen C ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan panduan exam Penguasa Bomba Gred KB41 di bawah.

Contoh Soalan Penguasa Bomba KB41 Kefahaman Bahasa Inggeris

Atau pun,

Boleh baca dahulu perkongsian kawan karib abang Jay ni (beliau adalah seorang yg pakar dalam exam SPA) yang membincangkan jenis-jenis & contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Panduan & Contoh Soalan Penguasa Bomba Gred KB41

Untuk sesi 2020, panduan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu exam online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir exam.

Tapi Abang Jay, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm panduan contoh soalan Penguasa Bomba KB41 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Hehe..

2) Lebih masa main Mobile Legend

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn abang Jay pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan panduan contoh soalan Penguasa Bomba KB41, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan Penguasa Bomba KB41 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti serta mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan exam secara bertulis & berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam panduan contoh soalan Penguasa Bomba KB41 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu tarik rambut sampai putus mencari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus & persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (utk kawin)

Panduan contoh soalan Penguasa Bomba KB41 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej agak murah sikit & ada pakej lagi agak kureng murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Panduan contoh soalan Penguasa Bomba KB41 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Panduan Penuh Penguasa Bomba KB41

Arahan:

  1. Klik Panduan Penguasa Bomba KB41.
  2. Scroll ke bawah & klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah & pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah & masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm Lulus Ke Abang Jay Kalau Saya Beli Panduan Ini?

Abang Jay tak berani janji apa-apa. Perkara lulus ni kita serahkan pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Namun, apa yang abang Jay recommend ni adalah panduan & contoh soalan Penguasa Bomba KB41 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota2, contoh soalan, skema jawapan & penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh exam Penguasa Bomba KB41 korang tiba.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Abang Jay..

Jangan risau. Dalam panduan Penguasa Bomba KB41 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan juga jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam exam kerajaan sepanjang 2015-2020.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam panduan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa & nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Abang Jay, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Panduan Contoh Soalan Penguasa Bomba KB41 ni BUKAN BUKU. Tiada pengeposan & tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Abang Jay, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Panduan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan Penguasa Bomba KB41 yang akan korang hadapi pada 19 November 2020 ini.

Satu lagi, contoh soalan Penguasa Bomba Gred KB41 yang abang Jay bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai panduan sahaja.

Jom Kerja Kerajaan!

Leave a Comment

error: Content is protected !!