Kali ini abang Jay nak kongsikan cara masuk kerja kerajaan. Memasuki dunia pekerjaan di sektor awam atau orang kampung abang Jay sebut sebagai kerja gomen. Baca betul-betul perkongsian ni, kerana cara masuk kerja kerajaan tidak sama dengan cara memohon kerja swasta.
Bagi yang nak cepat, korang scan saja topik-topik di bawah. Mana yang berkenan, korang baca la.
Isi Kandungan
Korang jangan ingat boleh walk-in begitu sajer. Datang-datang, terus nak minta kerja. Memang kena baling dengan penyapu la jawabnya.
Kerja Kerajaan & SPA
Kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau nama glemernya SPA telah dipertanggungjawabkan dalam pengambilan staf sektor awam. Bagaimana SPA melaksanakan tugas yang mereka pikul ini?
Pernah dengar MyRecruitment?
MyRecruitment adalah suatu kaedah pengambilan secara profiling. Tujuan MyRecruitment ialah untuk mengesan calon yang mempunyai profil sesuai dari sudut personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan juga kemahiran untuk suatu jawatan.
Kesesuaian keperibadian dengan tugas hakiki adalah penting bagi menjamin kepuasan dan kebolehlaksanaan amanah yang dipikul kelak. Serta mengekalkan motivasi kerja di samping membolehkan ketekalan produktiviti yang mapan.
Saringan #1 – Saringan Awal
Pelaksanaan MyRecruitment dimulakan dengan stage yang pertama iaitu calon-calon berminat dikehendaki mendaftarkan diri dalam sistem yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa (e-SMSM). Korang tak pernah dengar kan?
Sistem e-SMSM adalah bentuk awal sebelum ia dikenali sekarang sebagai Borang SPA9.
Jadi langkah awal korang adalah membuat pendaftaran di dalam sistem SPA9 terlebih dahulu. Bagi yang belum mendaftar, sila daftarkan diri segera di laman pendaftaran SPA9.
Ini adalah saringan pertama. Permohonan yang dibuat akan ditapis terlebih dahulu dengan meneliti sama ada seseorang calon itu menenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.
Saringan #2 – Peperiksaan Online SPA
Setelah calon didapati layak dan memenuhi keperluan minima skim perkhidmatan, peringkat seterusnya ialah fasa peperiksaan. Sebelum ini, peperiksaan dijalankan secara bertulis dan berpusat. Jadi korang kena tahu dimana tempat untuk menduduki exam bertulis tersebut.
Tapi kini, dasar kerajaan telah diubahsuai seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi. Peperiksaan bertulis telah diganti dengan peperiksaan secara online. Calon sudah tidak perlu kemana-mana, boleh duduk kedai mamak sambil jawab exam online beramai-ramai bhai..
Antara peperiksaan online SPA yang sudah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sepanjang tahun 2019 ialah :
- Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S5
- Penolong Pegawai Tadbir N5 (Pengurusan Stor)
- Pembantu Anti Dadah S1
- Pembantu Laut A1
- Pembantu Tadbir (Kewangan) W1
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1
- Penolong Pegawai Pendaftaran KP5
- Pegawai Bomba Gred KB1
- Pemeriksa Kilang dan Jentera J9
- Penolong Pegawai Siasatan P5
- Pembantu Kemahiran H1
- Penolong Jurutera JA5
- Pembantu Pembangunan Masyarakat S1
- Pembantu Pendaftaran KP1
- Pembantu Penguasa Kastam WK1
- Atendan Hospital U1
- Juruteknik Komputer FT1
- Pembantu Juruaudit W1
- Pegawai Imigresen KP1
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
- Penolong Pegawai Perangkaan E5
- Perangkawan E9
- Penolong Pegawai Undang-Undang L5
- Penolong Pegawai Tanah NT5
- Pembantu Penerangan S1
Ini pula antara peperiksaan online SPA yang sudah dan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sepanjang tahun 2020 setakat ini :
- Pegawai Kawalan Trafik Udara A9
- Pembantu Perikanan G1
- Pegawai Undang-Undang L9
- Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L1
- Pembantu Syariah LS1
- Pegawai Teknologi Maklumat F9
- Penolong Pegawai Penerangan S5
- Pegawai Penguatkuasa KP9
- Pegawai Khidmat Pelanggan N1
- Pegawai Sains C9
- Penolong Pegawai Sains C5
- Pegawai Arkib S9
- Pembantu Pemuliharaan S1
- Pegawai Tadbir dan Diplomatik M9
- Penolong Pegawai Penyelidik Q5
- Pegawai Tadbir Negeri Johor N9
- Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP5
- Laskar Kelas II Maritim T1
- Pelukis Pelan (Seni Bina) JA1
- Akauntan Gred WA9
- Pembantu Makmal C1
- Penolong Pegawai Penguatkuasa KP5
- Pegawai Tadbir N9 (Rekod Perubatan)
- Pembantu Keselamatan KP1
- Jurutera Gred J9
- Pembantu Pertahanan Awam KP1
- Pegawai Penjara KA1
- Penguasa Bomba KB9
- Penolong Penguasa Bomba KB5
- Pembantu Muzium S1
- Pembantu Arkib S1
- Pembantu Makmal C1
- Akauntan WA9
Manakala, yang ini pula adalah peperiksaan online SPA yang sudah dan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sepanjang tahun 2021 setakat ini :
Harus diingat, exam online kerajaan negeri memiliki sedikit perbezaan daripada exam online SPA. Bagi panggilan kerajaan negeri atau agensi kerajaan negeri, seksyen B ialah Daya Penyelesaian Masalah dan bukannya Daya Menyelesaikan Masalah seperti panggilan SPA.
Seksyen Soalan Dalam PSEE
Bergantung kepada keperluan skim perkhidmatan, seskyen soalan tidak sama. Tetapi secara amnya, calon diuji dan dinilai tahap pengetahuan am, pengetahuan khusus bidang dipohon, daya menyelesaikan masalah serta kemahiran bahasa yang dimiliki.
Biasanya;
a) Peperiksaan dibahagikan kepada 2 seksyen utama yang perlu dijawab iaitu: Seksyen A (Daya Menyelesaikan Masalah) dan Seksyen B (Kefahaman Bahasa Inggeris) ; atau
b) Peperiksaan diagihkan kepada 3 seksyen utama yang perlu dijawab iaitu Seksyen A (Pengetahuan Am), Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) dan Seksyen C (Kefahaman Bahasa Inggeris).
c) Peperiksaan hanya mengandungi satu (1) seksyen sahaja yakni Seksyen A (Pengetahuan Am).
*Nota – soalan-soalan ini tidak sama setiap kali peperiksaan diadakan.
Biasanya panggilan dibuat beberapa minggu awal daripada tarikh peperiksaan online. Panggilan dibuat menerusi emel. Bagi yang sudah dipanggil ke sesi peperiksaan online, boleh baca rujukan exam online bagi perjawatan gred 19 dan ke bawah.
Ujian Psikometrik
Satu lagi peperiksaan online yang dijalankan oleh SPA ialah ujian psikometrik. Ujian ini lebih kepada penilaian personaliti, sikap dan daya tahan terhadap tekanan kerja.
Untuk penjelasan lengkap mengenai ujian psikometrik ini, rujukan artikel lepas abang Jay bertajuk ujian psikometrik SPA gerbang kemasukan dalam perkhidmatan awam.
Antara ujian psikometrik SPA yang sudah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sepanjang tahun 2025 ialah :
- Ujian Psikometrik Pegawai Teknologi Maklumat F9
- Ujian Psikometrik Pegawai Psikologi S9
- Ujian Psikometrik Penguasa Penjara KA9
- Ujian Psikometrik Pegawai Veterinar GV9
- Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Undang-Undang L5
- Ujian Psikometrik Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
- Ujian Psikometrik Jurutera J9
- Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5
- Ujian Psikometrik Pegawai Sains C9
- Ujian Psikometrik Penolong Jurutera JA5
- Ujian Psikometrik Pegawai Bomba KB1
- Ujian Psikometrik Pegawai Penjara KA1
- Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen KP1
- Ujian Psikometrik Pembantu Makmal C1
- Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1
- Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N1
- Ujian Psikometrik Pembantu Penguasa Kastam WK1
Saringan #3 – Penilaian kompetensi
Saringan ketiga melibatkan penilaian tahap kompetensi pula. Itu pun kalau lulus saringan dua di atas, maka barulah layak di sini. Sesi ini bertujuan mengukur calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang diminta.
Melalui kaedah penilaian kompetensi, cuma calon-calon yang difikirkan ideal dari segi psikologi, aptitud, sahsiah dan kompetensi sahaja yang akan dipanggil ke sesi paling getir dan terakhir – temuduga yang akan kita bincangkan selepas ini.
Pada masa ini, calon sudah tidak perlu hadir ke lokasi yang ditetapkan. SPA mempermudahkan proses ini dengan menjalankannya secara online menerusi ujian psikometrik ( kecuali beberapa jawatan khusus termasuk PTD, Kastam dan beberapa yang lain kerana ujian PAC masih digunapakai ).
Untuk jawatan berasaskan kemahiran dan bakat, ujian kompetensi dijalankan untuk melihat kebolehan calon sekiranya diamanahkan memikul tanggungjawab kelak. Contoh ujian kompetensi ialah ujian memandu bagi jawatan Pemandu Kenderaan H11.
Cara panggilan dibuat kepada calon terpilih sama seperti exam online juga. Awal beberapa minggu sebelum tarikh sebenar. Abang Jay menggalakkan calon membuat persediaan awal dengan membaca panduan ujian psikometrik .
Saringan #4 – Temuduga Kerja Kerajaan
Saringan demi saringan yang dibuat menjadikan bilangan calon yang dipanggil ke temuduga menjadi semakin berkurangan daripada jumlah asal permohonan. Selain memperolehi calon terbaik, proses temuduga juga dapat diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat. Biasanya, di peringkat ini ia dijalankan oleh pihak kementerian terlibat atau jabatan terlibat bersama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Temuduga dibuat bertujuan membuat penilaian akhir mengenai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan jawatan di agensi terlibat. Sesi ini menentu sahkan penilaian yang dibuat di saringan tiga.
Jangan datang dengan tangan kosong ke sesi temuduga. Boleh dikatakan ia urusan antara hidup dan mati. Bacalah tips-tips temuduga, buku-buku yang baik juga banyak boleh didapati di kedai buku atau kalau malas sangat boleh juga baca ebook bestseller temuduga kerja kerajaan.
Surat Pelantikan Sementara
Selepas sesi akhir ini, maka calon berjaya akan diumumkan dan akan diberikan surat tawaran pelantikan sementara untuk skim perkhidmatan yang dipohon.
Sehingga tahap ini, korang sudah dikira berada sebelah kaki dalam kerja kerajaan. Tapi jangan senang hati sangat. Kemungkinan untuk korang dibuang kerja atau tidak disambung kontrak masih besar.
Dibuang Kerja Kerajaan
Bukan perkara yang pelik jika seseorang dibuang daripada perkhidmatan awam. Walaupun tidak selalu, tetapi ia tetap berlaku. Biasanya, ini melibatkan seseorang pegawai sementara yang berprestasi rendah, masalah disiplin yang teruk atau disabitkan dengan sebarang jenayah.
Kerja rajin-rajin, jangan berhutang sehingga 50% gaji, jangan suka ambil cuti, jangan curi tulang, buat kerja melebihi tahap keperluan dan lagi beberapa tahun kemudian korang akan diberikan tawaran pelantikan tetap. Masa ni korang bolehlah joli sesikit.
Pesanan penaja daripada Abang Jay
Diharapkan perkongsian cara masuk kerja kerajaan daripada abang Jay ini memberikan manfaat.
Terima kasih..
Jom Kerja Kerajaan!