Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1

Dapat email untuk duduk ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 (ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia) pada 16 Januari 2025 ini? Hari Khamis ni kan. Dah sedia? Kalau belum, jom baca beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 di bawah ni dulu untuk menambah baik persediaan korang!

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1

Ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ini korang kena dan korang mesti lulus. Sekiranya lepas, barulah dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Khidmat Am H1 yang akan dijadualkan kemudian.

Nota Penting: Bagi yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik ini dengan cemerlang, cabaran getir terakhir yg korang kena tempuh ialah sesi temuduga Pembantu Khidmat Am H1 utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan tidak lama lagi. Banyak contoh soalan lazim temuduga dan cara menjawab ada dikongsikan di soalan temuduga Pembantu Khidmat Am H1 ini.

Kekosongan Jawatan Pembantu Khidmat Am H1 Bagi Tahun 2025

Mengenai pengambilan Pembantu Khidmat Am H1, jumlah kekosongan jawatan, berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 14 Mei 2024, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pembantu Khidmat Am H1 di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebanyak 16 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 22 orang.

Tidak perlu ditekankan lagi, betapa perlu dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Korang da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..

Baca: Ujian Psikometrik Pembantu Makmal C1

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang teramat tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini. Siapa tahu, mungkin perkongsian inilah yang bakal merubah masa depan korang!

Semakan penjadualan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1

  • PEMBANTU MAKMAL GRED C1
    (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [ Tarikh PSEE: 6 Jan 2025 ]

Sebagai calon yang memohon, sudah tentulah korang mesti tahu bahawasanya kategori perkhidmatan Pembantu Khidmat Am H1 ini termasuk di dalam kategori perkhidmatan – Pelaksana.

Gaji Pembantu Khidmat Am H1

Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja sebagai Pembantu Khidmat Am H1, gaji pokok jawatan ini ialah pada paras RM1,500.00. Setiap tahun, korang akan dapat kenaikan gaji tahunan sebanyak RM100.00.

Itu belum lagi. Tau apa dia yang lebih menarik? Jumlah tersebut belum termasuk elaun-elaun lain yang korang layak dan bakal terima.Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!

Baca: Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen KP1

Kita tidak perlu menyentuh mengenai kelayakan dan syarat lantikan seorang Pembantu Khidmat Am H1 kerana korang sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ni. Maknanya korang memang dah memenuhi syarat la tu.

20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1

1) Apabila ingin membeli-belah, saya suka menyenaraikan barangan yang menjadi keperluan sahaja bagi mengelakkan pembaziran.

A. Ya
B. Tidak

2) Apabila bertentangan pendapat, saya tidak mencari kesalahan orang lain

A. Ya
B. Tidak

3) Tanpa meminta pendapat orang lain, saya selalu membuat keputusan sendiri

A. Ya
B. Tidak

4) Apa yang orang lain minta atau mahu, saya ikuti

A. Ya
B. Tida

5) Apabila saya perlu bertanggungjawab, saya akan meminta maaf

A. Ya
B. Tidak

6) Mengenai tingkah laku, saya jarang menerima maklum balas

A. Ya
B. Tidak

7) Apabila orang lain melihat saya sebagai seorang yang amat berjaya, itulah yang menjadi kemahuan saya

A. Ya
B. Tidak

8) Demi memajukan kerjaya saya, saya gunakan cara yang tidak adil dalam sesuatu situasi

A. Ya
B. Tidak

9) Boleh dikatakan saya agak selalu juga menghadapi masalah menguruskan kewangan.

A. Betul
B. Salah

10) Saya lebih banyak mendengar pandangan orang lain, daripada mengeluarkan pendapat peribadi.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah

11) Saya berasa geram apabila rakan sekerja diberi penilaian cemerlang sedangkan saya fikir saya lebih baik daripadanya.

a. Setuju
b. Tidak Setuju

12) Saya merasa kasihan terhadap sahabat yang menghadapi kegagalan.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang Pasti

13) Saya berasa amat sukar mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang negatif di tempat kerja.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

14) Saya sedaya-upaya buat-buat tidak tahu jika kawan saya mengalami kekecewaan. Nanti orang cakap saya jaga tepi kain orang pula.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

15) Saya lebih selesa memendam perasaan berbanding meluahkan kepada rakan-rakan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

16) Saya berikrar utk membuktikan pendapat saya adalah betul sepanjang masa.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

17) Saya masih boleh berbaik-baik dengan kenalan yang tidak berpegang pada janji.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

18) Peribahasa ‘Takut di hujung bedil, lari ke pangkalnya’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

19) Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus

A. Ya
B. Tidak

20) Kerja-kerja yang mempunyai struktur yang jelas dan nyata menjadi kesukaan saya

A. Ya
B. Tidak

Tiga Tips Penting Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1

Berikut 3 tips menjawab ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1. Semoga berkongsian ini sedikit sebanyak membantu persiapan korang dalam menghadapi ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 yang akan korang duduki tidak lama lagi.

1) Pilih Lokasi sesuai semasa Menjawab Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1

Oleh kerana ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ini diadakan secara online. Sesetengah calon, memilih lokasi kurang sesuai semasa menjawab ujian psikometrik SPA.

Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:

  • bising
  • panas
  • laluan orang
  • liputan internet kurang baik

Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan korang dan boleh mengakibatkan peluang terjejas.

2) Kenalpasti Sikap Baik korang

Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman.

Tahukah korang, dalam ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1, korang dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.

Ingat kenyatan kami seterusnya ini..

Seseorang calon cenderung berfikiran bahawa sesuatu perbuatan itu ‘baik’ walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya ‘tidak baik’.

Apa benda tu?

Korang dah mula keliru kan?

Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Dan memang pun, ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ini memang direka khas utk mengelirukan musuh!

Tidak seperti peperiksaan online yang lain, yang mana korang perlu mahir mengira, mesti tahu banyak pengetahuan am atau harus menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan sebagainya.

Bagi ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1, itu semua bukan tonggak utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.

Awasi personaliti dan keperibadian korang.

Kerana – kebiasaan korang, tabiat korang, perangai korang. Amat mempengaruhi apa yang bakal korang jawab sewaktu ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ini.

Mari kami berikan satu contoh supaya korang faham apa yang kami maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1.

Saya tidak pernah didenda semasa sekolah menengah.

A) SETUJU

B) TIDAK SETUJU

B) TIDAK PASTI

So.. nak pilih yang mana? Pada dasarnya korang boleh pilih mana-mana jawapan pun. Boleh pilih SETUJU, boleh pilih boleh TIDAK SETUJU dan boleh juga memilih TIDAK PASTI. Tiada masalah. Dan masalahnya ialah – tiada jawapan salah dalam ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1.

SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikalnya. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras, integriti dan pertimbangan korang sahaja.

Ngeri tak? Hoho..

OK berbalik kepada soalan di atas, utk memilih jawapan yang paling sesuai, adalah dengan memilih sikap yang paling baik.

Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.

Nampak permainannya tak di situ!

Nak lagi banyak contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1? Nak sekali dengan jawapan serta nota yang komprehensif? Boleh dapatkan rujukan ujian psikometrik ini.

3) Konsistensi semasa Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1

Kami percaya korang sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang korang menjadi lebih berhati-hati kan. Ok, jom kita berpindah ke tips terakhir.

Malangnya, ramai kecundang disebabkan tidak konsisten dalam memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif.

Jika korang perhatikan dengan teliti, soalan-soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ada yang diulang beberapa kali. Cuma, bentuk soalan atau cara penyoalannya saja yang diubah.

Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan?

Tidak!

Hal ini memang disengajakan.

Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.

Tapi, bagaimana perangkap ini berkesan?

Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad berbanding jumlah soalan yg banyak!

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon akan cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.

Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang hampir sama!

Jadi konsistensi korang hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!

Berita yang paling tak best ialah perangkap dalam soalan-soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan agak sukar untuk dikesan.

Jadi, Bagaimana Meningkatkan Konsistensi Semasa Menjawab Soalan ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1?

Dan bagaimana mempelajari perangkap-perangkap yg lain dan meningkatkan tahap konsistensi semasa menjawab soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1?

Jawapannya memang cliche. Sorry gais. Tapi jawapannya memang adalah – buat latih tubi.

Buat latihan sebanyak yang boleh. Sebanyak soalan yang korang boleh jumpa dan sebanyak yang korang larat buat.

Sebab itulah korang amat digalakkan mendapatkan rujukan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 di bawah sebelum menduduki ujian psikometrik..

Rujukan Psikometrik ini spesifik utk jawatan Pembantu Khidmat Am H1. Ini merupakan rujukan khas. Rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk jawatan ni. Peringatan: Adalah lebih baik korang hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1
Beli Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41

Atau,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ujian Psikometrik Ni?

Ada enam sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan ujian psikometrik ini sekarang juga tanpa berlengah. Ada diterangkan di bawah. Sebab nombor 3 tu paling win sekali!

1) Korang tak gagal total

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan ujian psikometrik ini akan disalurkan ke tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, jika sekiranya korang gagal sekalipun dalam ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 itu nanti, korang tak gagal total pun. Paling tidak, korang dah berjaya membantu saudara-saudara kita yang sedang diuji oleh malapetaka dan bencana dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Fikiran tak serabut

Nota ringkas & padat dlm rujukan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seluruh Internet mencari bahan utk menghadiri psikometrik yang betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak serabut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main TikTok

Huh.. korang jangan acah-acah tak bersalah pula ya. Korang kaki medsos kan? Takut masa melayan medsos korang terganggu? Boleh. Tiada masalah. Korang grab jer rujukan ujian psikometrik ni (yang sesuai digunakan oleh calon ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1). Pastu baca nota-nota tu. Buat latihan-latihan yg disediakan tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 tu je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan Insta, FB, Whatsapp dll.

4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan ujian psikometrik dan skema jawapan yang diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi format soalan psikometrik yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan ujian psikometrik kerajaan. Semenjak ujian psikometrik masih bertulis dan berpusat lagi. Pada ketika itu masih lagi dikenali sebagai ujian sahsiah dan minat!

5) Boleh simpan duit lebih (utk kawin)

Rujukan ujian psikometrik ni murah giler. Cuma RM40 sahaja untuk pakej basic. Pakej basic ini sebenarnya sudah memadai utk kegunaan korang. Oh.. ya, apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sangat pun. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon, beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

6) Dan yg lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan ujian psikometrik ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yang ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku Psikometrik ni?

Tak sempat gais. Kalau pos memang la tak sempat. Tarikh ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 pun da dekat sangat dah tu.

Tapi..

Rujukan ujian psikometrik ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Korang akan diberikan akses ke laman download utk muaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama tu baru leh dapat rujukan psikometrik ni pas bayar?

Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam (kalau korang beli menggunakan FPX (via billplz) / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Lagi pun..

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Apa yang lebih baik daripada ini?

Tiada gais!

Jadi dapatkan segera rujukan ni sebelum jualan ditutup!

Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1

Apakah kriteria penilaian dalam Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1?

Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya dalam ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1. Kaedah ini sama dengan proses temuduga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan.

Manakala ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.

Adakah Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 mempunyai status lulus atau gagal?

Oleh kerana bilangan calon yang memohon Pembantu Khidmat Am H1 adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temuduga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan Pembantu Khidmat Am H1 dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temuduga.

Contohnya jika kekosongan ialah 40, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temuduga Pembantu Khidmat Am H1 adalah 400 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

Bila keputusan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 akan diperolehi?

Keputusan untuk ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) biasanya diperolehi dalam masa 3 hingga 4 bulan setelah ujian dijalankan. Korang boleh semak status keputusan melalui portal SPA dengan menggunakan nombor kad pengenalan.

Penutup

Ujian psikometrik ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan lain akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.

Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil ujian psikometrik.

Demikian saja perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1.

Selamat menduduki ujian psikometrik SPA dan jom kerja kerajaan!

Leave a Comment

error: Content is protected !!