Contoh Soalan Penolong Penguasa Bomba KB29

Korang fikir, korang hado masa untuk meng-google jawapan ketika sedang menjawab soalan exam online Penolong Penguasa Bomba KB29 ambilan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada 19 November 2020 ni nanti? Memang tak hado la kan! Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 yang boleh dijadikan latihan calon exam. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 yang diberikan di bawah sebagai sebahagian latih tubi.

Contoh Soalan Penolong Penguasa Bomba KB29

Selain dari itu juga, korang boleh dapatkan panduan khas contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan bahan rujukan sebelum hadir exam PSEE SPA pada kali ini.

Baca: Contoh Soalan Penguasa Bomba KB41

Permohonan Jawatan Kosong Penolong Penguasa Bomba KB29

Seandainya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Penguasa Bomba KB29 secara rasmi di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atau lain-lain kementerian/jabatan.

Permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Penolong Penguasa Bomba KB29 adalah terbuka sepanjang masa & perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 30 Jun 2020, bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 60 tempat sahaja. Manakala, calon simpanan adalah seramai 90 orang.

Tidak perlu abang Jay tekankan betapa perlu. Dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh exam tiba. Korang da besar & da bleh pikir sendiri..

Ini satu bilangan yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Penolong Penguasa Bomba KB29 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian abang Jay kali ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Baca: Cara Masuk Kerja Kerajaan

Jadual Gaji Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Penguasa Bomba KB29 ;

Gaji minimum – RM1,814.00
Gaji maksimum – RM5,700.00
KGT – RM145.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan serta kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Penguasa Bomba dengan gred KB29 layak terima.

Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

Apakah skop kerja atau senarai tugas Penolong Penguasa Bomba KB29?

Secara am, tugas seorang Penolong Penguasa Bomba KB29 dibahagikan kepada empat (4) aspek yang utama, yakni:

  • Mengawalselia dan mengemaskini pengurusan operasi kebombaan di dalam kawasan jagaan balai.
  • Mengawalselia pengurusan latihan kemahiran dan latihan harian di balai.
  • Mengurus dan mengawalselia pengurusan personel di balai.
  • Mengurus dan menjalankan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di dalam kawasan jagaan balai.

Syarat Lantikan & Kelayakan Penolong Penguasa Bomba KB29

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,814.00)

atau

Diploma dalam bidang kejuruteraan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KB29: RM1,889.09)

Dan

Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:

  • Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Dan

Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Exam Online Penolong Penguasa Bomba KB29

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Penguasa Bomba KB29 untuk tahun 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Penolong Penguasa Bomba KB29 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya ialah pada 19 November 2020. Jatuh pada Khamis.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Penguasa Bomba KB29 selama satu jam dan empat puluh minit untuk setiap sesi exam yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.40 pagi.

Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!

Senario Exam Penolong Penguasa Bomba KB29

Syarat untuk menyandang jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29, calon perlu, terlebih dahulu lulus exam online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam exam online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam exam online Penolong Penguasa Bomba KB29 terutama di bahagian B (Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah).

Format Exam Penolong Penguasa Bomba KB29

Format exam Penolong Penguasa Bomba KB29 sesi 2019/2020 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun sudah.

Sebagai contoh, jika korang mengikuti perkembangannya. Format soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2019/2020. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2016/2017 Vs Format 2019/2020

Format Penolong Penguasa Bomba KB29 – 2016/2017

  • Seksyen A: Ujian Sahsiah dan Minat
  • Seksyen B: Pengetahuan Am
  • Seksyen C: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penolong Penguasa Bomba KB29 – 2019/2020

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Abang Jay?

Yup, nampak macam sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 3 (tiga) Seksyen. NAMUN, perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen UJIAN SAHSIAH DAN MINAT telah ditiadakan. Dan digantikan dengan seksyen PENGETAHUAN AM.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai exam Penolong Penguasa Bomba KB29 sesi exam 2016 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip serta trik cara sukses seksyan Ujian Sahsiah dan Minat. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya. Dan paling mengelirukan. Nasib baek dah takda.

Elak Terbelit ‘Attacking Hose’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah leka ketika operasi pemadaman kebakaran lantas terbelit sendiri ‘Attacking Hose’. Cuma kali ini, bukan menjejaskan operasi penyelamatan dan membahayakan diri sendiri. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam exam online SPA Penolong Penguasa Bomba KB29!

Sementara, untuk seksyen C, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi..

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada abang Jay mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen serta penjelasan topik.

Contoh Soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 – Seksyen Pengetahuan Am

Dalam banyak2 seksyen yang ada dalam exam online SPA Penolong Penguasa Bomba KB29, paling susah nak skor ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa?

Ini adalah disebabkan skop soalan seksyen Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29 adalah cukup luas dan bidang yg disoal adalah amat sukar diramal.

Walaubagaimanapun, abang Jay cadangkan korang untuk membuat pembacaan ringan mengenai topik-topik yang abang Jay suggest di bawah:

  • Soalan Berkaitan Jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29
  • Skop Tugasan Badan & Penjawatan
  • Isu-isu Nasional
  • Dasar Pentadbiran Negara
  • Tarikh Bersejarah & Fakta Penting
  • Struktur organisasi kerajaan Malaysia
  • Majlis Raja-Raja
  • Jata & lambang Negara
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Badan perundangan
  • Menteri & Kementerian
  • Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia
  • Fungsi & struktur Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  • Deskripsi tugas jawatan Gred KB29

Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 – Seksyen A : Pengetahuan Am

1) Panjang Sungai Kinabatangan ialah _________ Kilometer.

A) 560
B) 550
C) 540
D) 530

2) Pihak manakah yang melindungi penyimpan daripada kehilangan sebahagian atau kesemua deposit di bank-bank Malaysia?

A. Bursa Malaysia
B. Bank Negara Malaysia
C. Kementerian Kewangan Malaysia
D. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

3) Fokus utama bidang pembangunan Bio-teknologi negara ialah

I. pertanian
II. industry
III. kosmetik
IV. penjagaan kesihatan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, III dan IV

4) Gua terbesar di Malaysia ialah..

A) Gua Tempurung
B) Gua Niah
C) Gua Musang
D) Gua Gumantong

5) Pentadbiran Tanah Negeri dan Daerah bertanggungjawab dalam aktiviti berikut kecuali

A. Mengutip cukai pintu
B. Mendaftarkan hak milik strata
C. Memproses permohonan menggadai tanah
D. Memproses permohonan memecah sempadan

6) Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Wakil-wakil daripada Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada

I. Goh Keng Swee
II. V. T Sambanthan
III. Tunku Abdul Rahman
IV. Datu Mustapha Bin Datu Harun

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

7) Berdasarkan maklumat di bawah, yang manakah benar tentang status anak Encik Quan Hong?

  • En. Quan Hong belum mendapat taraf pemastautin di Malaysia
  • Isteri En. Quan Hong bukan warganegara Malaysia
  • Anak En. Quan Hong lahir pada 31 Disember 2011 di Pulau Pinang

A) Tidak layak menjadi warganegara
B) Menjadi warganegara melalui kemasukan
C) Merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang
D) Boleh memohon untuk menjadi warganegara melalui pendaftaran

8) Penerima pingat yang dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara akan membawa gelaran

A. Tun
B. Datuk
C. Tan Sri
D. Dato’ Seri

9) Tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ialah

I. kebajikan masyarakat
II. perparitan dan pengairan
III. perdagangan dan perusahaan
IV. perancangan kampung dan Bandar

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV

10) Antara berikut, yang manakah merupakan pihak yang bertanggungjawab menyediakan draf Enakmen Kerajaan Negeri?

A) Pihak Berkuasa Tempatan
B) Majlis Perundangan Negeri
C) Penasihat Undang-undang Negeri
D) Dewan Undangan Negeri

11) Diperkenalkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada tahun 2009 dan menggariskan dua objektif utama iaitu menjadikan kerajaan lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan memacu Malaysia ke arah masyarakat yang maju. Pernyataan ini adalah merujuk kepada

A. 1 Malaysia
B. Model Ekonomi Baru
C. Rancangan Malaysia Ke-10
D. Program Transformasi Kerajaan

12) Manakah antara yang berikut dikategorikan sebagai jawatan dalam Perkhidmatan Awam?

I. Ketua Menteri
II. Ketua Hakim Negara
III. Ketua Setiausaha Negara
IV. Ketua Setiausaha Kementerian

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

13) Antara berikut, yang manakah merupakan jawatan yang boleh disandang oleh ahli Dewan Rakyat?

A) Speaker Dewan Negara
B) Ahli Dewan Undangan Negeri
C) Setiausaha Majlis Raja-Raja
D) Hakim Mahkamah Tinggi

14) Objektif pelan Integriti Nasional (PIN) adalah sebagai garis panduan

A. mengenai etika kerja kepada semua kakitangan kerajaan.
B. mengenai pembentukan masyarakat yang kukuh moral dan etikanya.
C. untuk anggota swasta yang beum mempunyai pelan etika kerja yang selaras.
D. untuk meyelaraskan etika kerja semua kakitangan awamdan swasta ke arah pembentukan kakitangan yang berdisiplin dan beretika.

15) Manakah antara yang berikut termasuk di dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)?

A. Minyak, gas dan tenaga serta minyak sawit
B. Perhutanan, perikanan dan Industri Kecil Sederhana
C. Perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan perniagaan
D. Elektronik dan elektrik, kandungan dan infrastruktur komunikasi serta Greater Kuala Lumpur

Untuk lebih banyak contoh soalan (dan skema jawapan) bagi seksyen A Penolong Penguasa Bomba KB29 ini. Korang boleh dapatkan panduan exam Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 berikut.

Rujukan contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 Pengetahuan Am

Atau,

Korang boleh baca dahulu perkongsian sahabat abang Jay ni (seorang yg memang pakar dalam exam kerajaan) yang menerangkan jenis-jenis & contoh soalan SPA Pengetahuan Am (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap cara menangani soalan dalam seksyen A ini.

Contoh Soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 – Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai Duk Mencangkung sambil ‘Nangis Di Tepi Pili Bomba’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘mata berkunang-kunang’ terhadap soalan yang berkaitan nombor & digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam di samping nyampah giler. Padahnya ‘nangis kat tepi pili bomba’ la selepas result exam SPA keluar nanti.

Walaupun dikatakan bahawa dalam exam online Penolong Penguasa Bomba KB29, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Tetapi latih tubi yang banyak diperlukan. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, abang Jay cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Berkaitan Konsep Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 – Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Ezzham ialah adik kepada Hafizam. Selain turut tampan seperti abangnya, Ezzham juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Ezzham untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Kerapu yang dibeli Uncle Alangi ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Kerapu Uncle Alangi?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Mikson membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Mikson dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Hazuri baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Hazuri membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna Beige daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna Beige yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Sepak Takraw Kolej Kenanga membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Sepak Takraw Kolej Kenanga yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Raj dan Mukerji masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Raj mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Prisma heksadekagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma heksadekagonal O. Prisma heksadekagonal P pula lebih berat daripada Prisma heksadekagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma heksadekagonal M. Susun kedudukan Prisma heksadekagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta BMW warna Granite Grey terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW Granite Grey terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 2 bilik tidur dan 2 bilik air di Kuala Lipis ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu B dan ruang tamu C. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu C?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Gloria Grace seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Gloria Grace dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk heksakaidekagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk heksakaidekagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Telur kuning (berasal dari Amerika Tengah). Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah buah Telur kuning tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah buah Mentega daripada Tajol. Berapakah jumlah buah Telur kuning yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Kabkab diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Kabkab tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Kabkab tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Kabkab yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B Penolong Penguasa Bomba KB29 ini. Korang boleh dapatkan panduan exam Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 berikut.

Rujukan contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 Daya Menyelesaikan Masalah

Atau pun,

Korang boleh baca saja dahulu post kawan abang Jay (beliau seorang yg memang pakar dalam exam kerajaan) yang khusus membincangkan jenis-jenis & contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 – Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Penolong Penguasa Bomba KB29. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas & diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Khatib needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Gillian Ang has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Gillian has three animals in total.
B) Gillian has more cats than dogs.
C) One of Gillian’s cats is black.
D) All of Gillian’s dogs have spots.

3) Intan’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Khalisma Ismatie lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Khalisma Ismatie lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Khusairi said to his wife.

A) Khusairi told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Khusairi told his wife to cook his special dinner that night.
C) Khusairi’s wife will cook a special dinner with Khusairi at night.
D) Khusairi’s wife told Khusairi to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Ji Lian live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Zaharudin __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King William III was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next questions (Questions 9 – 15).

“Did you see that?” Joe said to his friend Bill.

“You’re a great shooter!” Bill caught the basketball and bounced it before throwing it again. The ball flew into the net.

“Bill, you never miss!” Joe said admiringly.

“Unless I’m in a real game,” Bill complained.

“Then I miss all the time.”

Joe knew that Bill was right. Bill performed much better when he was having fun with Joe in the school yard than he did when he was playing for the school team in front of a large crowd.

“Maybe you just need to practice more,” Joe suggested.

“But I practice all the time with you!” Bill objected. He shook his head. “I just can’t play well when people are watching me.”

“You play well when I’m watching,” Joe pointed out.

“That’s because I’ve known you since we were five years old,” Bill said with a smile. “I’m just not comfortable playing when other people are around.”

Joe nodded and understood, but he also had an idea.

The next day Joe and Bill met in the school yard again to practice. After a few minutes, Joe excused himself.

“Practice without me,” Joe said to his friend. “I’ll be back in a minute.”

Joe hurried through the school building, gathering together whomever he could find—two students, a math teacher, two secretaries, and a janitor. When Joe explained why he needed them, everyone was happy to help.

Joe reminded the group to stay quiet as they all went toward the school’s basketball court. As Joe had hoped, Bill was still practicing basketball. He made five baskets in a row without noticing the silent people standing behind him.

“Hey, Bill!” Joe called out finally.

Bill turned. A look of surprise came over his face.

“I just wanted to show you that you could play well with people watching you,” Joe said. “Now you’ll have nothing to worry about for the next game!”

9) What would be the best title for the story?

Joe Joins the Team
Practice Makes Perfect
Bill Wins the Big Game
Bill’s Basketball Problem

10) In line 8, the word performed is closest in meaning to ___________ .

A) acted
B) played
C) moved
D) changed

11) Why is Bill upset?

A) He plays better in practice than he does during games.
B) The school yard is not a good place to practice.
C) Joe watches him too closely when he plays.
D) His team loses too many games.

12) Why does Bill play well when Joe is watching him?

A) He is comfortable with Joe.
B) Joe tells him how to play better.
C) He does not know that Joe is there.
D) He wants to prove to Joe that he is a good player.

13) Why does Joe decide to gather a group of people?

A) Because he wants more players for his team
B) Because he wants to help Bill feel less nervous
C) Because he wants to show them his talent
D) Because he wants more people to see the next game

14) At the end of the story, all of the following people watch Bill practice EXCEPT..

A) Joe
B) a janitor
C) a math teacher
D) the basketball coach

15) Why does the group have to be quiet when they go to the basketball court?

A) Because Joe is telling Bill what to do
B) Because they do not want Bill to know they were there
C) Because Bill likes to practice alone
D) Because the group needs to listen to Joe’s instructions

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 di Seksyen C ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan panduan exam Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 di bawah.

Rujukan contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 Kefahaman Bahasa Inggeris

Atau pun,

Boleh baca dahulu perkongsian kawan karib abang Jay ni (beliau adalah seorang yg pakar dalam exam SPA) yang membincangkan jenis-jenis & contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Panduan & Contoh Soalan Penolong Penguasa Bomba KB29

Untuk sesi 2020, panduan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu exam online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir exam.

Tapi Abang Jay, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm panduan contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Hehe..

2) Lebih masa main Mobile Legend

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn abang Jay pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan panduan contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti serta mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan exam secara bertulis & berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam panduan contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu tarik rambut sampai putus mencari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus & persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (utk kawin)

Panduan contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej agak murah sikit & ada pakej lagi agak kureng murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Panduan contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Panduan Penuh Penolong Penguasa Bomba KB29

Arahan:

  1. Klik Panduan Penolong Penguasa Bomba KB29.
  2. Scroll ke bawah & klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah & pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah & masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm Lulus Ke Abang Jay Kalau Saya Beli Panduan Ini?

Abang Jay tak berani janji apa-apa. Perkara lulus ni kita serahkan pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Namun, apa yang abang Jay recommend ni adalah panduan & contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota2, contoh soalan, skema jawapan & penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh exam Penolong Penguasa Bomba KB29 korang tiba.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Abang Jay..

Jangan risau. Dalam panduan Penolong Penguasa Bomba KB29 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan juga jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam exam kerajaan sepanjang 2015-2020.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam panduan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa & nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Abang Jay, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Panduan Contoh Soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 ni BUKAN BUKU. Tiada pengeposan & tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Abang Jay, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Panduan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 yang akan korang hadapi pada 19 November 2020 ini.

Satu lagi, contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 yang abang Jay bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai panduan sahaja.

Jom Kerja Kerajaan!

Leave a Comment

error: Content is protected !!