Contoh Soalan Akauntan Gred WA41

Korang fikir, korang hado masa untuk meng-google jawapan ketika sedang menjawab soalan exam online Akauntan Gred WA41 ambilan Jabatan Akauntan Negara pada 17 Disember 2020 ni? Memang tak hado la kan. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Akauntan Gred WA41 yang boleh dijadikan latihan calon exam. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan Akauntan Gred WA41 yang diberikan di bawah sebagai sebahagian daripada latih tubi korang.

Contoh Soalan Akauntan Gred WA41

Selain dari itu, korang juga boleh dapatkan panduan khas contoh soalan Akauntan Gred WA41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan bahan rujukan sebelum hadir exam PSEE SPA pada kali ini.

Baca: Contoh Soalan Pembantu Makmal C19

Permohonan Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41

Seandainya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Akauntan Gred WA41 secara rasmi di Jabatan Akauntan Negara atau lain-lain kementerian/jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Jabatan Akauntan Negara adalah terbuka sepanjang masa & perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Akauntan Gred WA41

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 9 Julai 2020, bilangan kekosongan jawatan Akauntan Gred WA41 adalah sebanyak 15 tempat sahaja. Manakala, calon simpanan adalah seramai 100 orang.

Tidak perlu abang Jay tekankan betapa perlu. Dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh exam tiba. Korang da besar & da bleh pikir sendiri..

Ini satu bilangan yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Akauntan Gred WA41 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Akauntan Gred WA41 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Baca: Contoh Soalan Pembantu Arkib S19

Jadual Gaji Akauntan Gred WA41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Akauntan Gred WA41 ;

Gaji minimum RM 2,820.00
Gaji maksimum RM 9,585.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 225.00
Jadual Gaji Akauntan Gred WA41

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan serta kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Akauntan dengan gred WA41 layak nikmati.

Deskripsi Tugas Akauntan Gred WA41

Apakah skop kerja atau senarai tugas Akauntan Gred WA41?

Secara am, tugas seorang Akauntan Gred WA41 merangkumi (tetapi tidak terhad) kepada perkara di bawah:

Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.

Syarat Lantikan & Kelayakan Akauntan Gred WA41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00)

Atau

Lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00)

Atau

Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)
(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Exam Online Akauntan Gred WA41

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Akauntan Gred WA41 untuk tahun 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Akauntan Gred WA41 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini. Tarikh yg telah ditetapkan ialah pada17 Disember 2020 (hari Khamis).

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Akauntan Gred WA41 selama satu jam dan empat puluh minit untuk setiap sesi exam yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.40 pagi.

Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!

Senario Exam Akauntan Gred WA41

Syarat untuk menyandang jawatan Akauntan Gred WA41, calon perlu, terlebih dahulu lulus exam online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam exam online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Akauntan Gred WA41 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan informasi yang diterima daripada maklum balas, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam exam online Akauntan Gred WA41 terutama di bahagian B (Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah).

Format Exam Akauntan Gred WA41

Format exam Akauntan Gred WA41 sesi 2019/2020 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Akauntan Gred WA41 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2019/2020. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi kali ini.

Format 2016/2017 Vs Format 2019/2020

Format Akauntan Gred WA41 – 2016/2017

  • Seksyen A: Ujian Sahsiah dan Minat
  • Seksyen B: Pengetahuan Am
  • Seksyen C: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Akauntan Gred WA41 – 2019/2020

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Abang Jay?

Yup, nampak macam sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 3 (tiga) Seksyen namun perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen Ujian Sahsiah dan Minat telah ditiadakan. Ia telah digantikan dengan seksyen Pengetahuan Am la pula. Seksyen ni dah la susah gila. Nanti abg Jay terangkan dengan lebih lanjut di bawah.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai exam Akauntan Gred WA41 sesi exam 2016 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip serta trik cara sukses seksyan Ujian Sahsiah dan Minat. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya. Dan paling mengelirukan. Nasib baek dah takda.

Elak ‘Akaun Tak Seimbang’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah leka semasa membuat akaun lantas akaun ‘jadi tak seimbang’. Cuma kali ini, bukan menjejaskan perbelanjaan dan pendapatan jabatan. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam exam online SPA Akauntan Gred WA41!

Sementara, untuk seksyen C, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi.. allergic den!

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada abang Jay mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen serta penjelasan topik.

Contoh Soalan Akauntan Gred WA41 – Seksyen Pengetahuan Am

Dalam banyak2 seksyen yang ada dalam exam online SPA Akauntan Gred WA41, paling susah nak skor ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa?

Ini adalah disebabkan skop soalan seksyen Pengetahuan Am Akauntan Gred WA41 adalah cukup luas dan bidang yg disoal adalah amat sukar diramal.

Walaubagaimanapun, suka sekali abang Jay mencadangkan korang untuk membuat pembacaan ringan mengenai topik-topik yang abang Jay suggest di bawah:

  • Soalan Berkaitan Jawatan Akauntan Gred WA41
  • Skop Tugasan Badan & Penjawatan Akauntan Gred WA41
  • Fungsi & struktur Jabatan Akauntan Negara
  • Deskripsi tugas jawatan Akauntan Gred WA41
  • Akaun dan Perakaunan
  • Institut Akauntan Malaysia (MIA)
  • Isu-isu Nasional
  • Dasar Pentadbiran Negara
  • Tarikh Bersejarah & Fakta Penting
  • Struktur organisasi kerajaan Malaysia
  • Majlis Raja-Raja
  • Jata & lambang Negara
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Badan perundangan
  • Menteri & Kementerian
  • Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia

Di bawah beberapa contoh soalan Akauntan Gred WA41 – Seksyen A : Pengetahuan Am

1) Apakah yang dimaksudkan dengan tokokan?

A. Peratus untung bersih atas jualan bersih
B. Peratus untung kasar atas jualan bersih
C. Peratus untung bersih atas kos jualan
D. Peratus untung kasar atas kos jualan

2) Pernyataan manakah yang menerangkan kos berubah ?

A. Kos overhed ialah kos berubah
B. Kos yang malar walaupun tiada pengeluaran
C. Kos yang berkadaran dengan tingkat pengeluaran
D. Kos yang berubah dalam jangka pendek sahaja

3) Apakah kesan yang wujud akibat rekod organisasi yang tidak lengkap?

I. Kesilapan akaun tidak mudah dikesan
II. Sukar mentaksir kedudukan kewangan
III. Mudah mengawal perbelanjaan perniagaan
IV. Untung atau rugi dapat ditaksir dengan tepat

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

4) Antara berikut, manakah yang akan direkod di sebelah kredit dalam akaun penerimaan dan pembayaran sesebuah agensi?

A. Yuran masuk
B. Surat khabar
C. Sewaan loker
D. Penghutang

5) Pengurus manakah yang bertanggungjawab dalam mengurus hal penggajian dalam sesebuah organisasi atau jabatan?

A. Operasi
B. Kewangan
C. Pemasaran
D. Sumber manusia

6) Apakah kepentingan mengawal tunai?

A. Untuk memastikan kecekapan pengurusan perniagaan
B. Untuk memastikan tunai yang banyak di dalam tangan
C. Untuk mengelakkan berlakunya kecurian dan kehilangan
D. Untuk memastikan tunai mencukupi untuk menampung kos peribadi

7) Apakah agensi dalam negara yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Dasar Kewangan (Monetary and Credit)?

A. Kementerian Kewangan Malaysia
B. Bank Negara Malaysia
C. Unit Perancang Ekonomi
D. Unit Tindakan Ekonomi

8) Mahkamah khas di Malaysia terdiri daripada mahkamah-mahkamah berikut, KECUALI

A. Mahkamah Juvenil.
B. Mahkamah Bumiputera.
C. Mahkamah Raja-raja.
D. Mahkamah Syariah.

9) Badan kehakiman berkuasa dalam

A. menguatkuasakan undang-undang negara.
B. menjalankan dasar-dasar yang dirancang oleh kerajaan.
C. menjatuhkan hukuman kepada pesalah-pesalah.
D. mentafsir dan menguatkuasakan perlembagaan.

10) X dilaksanakan untuk membaiki kehidupan penduduk di luar bandar dan mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. X ialah

A. Dasar Penswastaan.
B. Dasar Pembangunan Luar Bandar.
C. Dasar Wawasan Negara.
D. Dasar Ekonomi Baru.

11) Apakah jabatan-jabatan penting di peringkat negeri?

I. Pejabat Kewangan Negeri.
II. Unit Perancangan Ekonomi Negeri.
III. Pejabat Pentadbir Utama Kerajaan Negeri.
IV. PejabatPerkhidmatan Awam Kerajaan Negeri.

A. III dan IV
B. II dan III
C. I dan IV
D. I dan II

12) Manakah antara yang berikut dikategorikan sebagai jawatan dalam Perkhidmatan Awam?

I. Ketua Menteri
II. Ketua Hakim Negara
III. Ketua Setiausaha Negara
IV. Ketua Setiausaha Kementerian

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

13) Agensi yang diberi tanggungjawab untuk meningkatkan dan membantu usaha pertumbuhan serta perkembangan perdagangan luar Malaysia, terutama eksport barangan yang mempunyai nilai tambah dan perkhidmatan ialah

A. MITI
B. MIDA
C. MIDF
D. MATRADE

14) Objektif pelan Integriti Nasional (PIN) adalah sebagai garis panduan

A. mengenai etika kerja kepada semua kakitangan kerajaan.
B. mengenai pembentukan masyarakat yang kukuh moral dan etikanya.
C. untuk anggota swasta yang beum mempunyai pelan etika kerja yang selaras.
D. untuk meyelaraskan etika kerja semua kakitangan awamdan swasta ke arah pembentukan kakitangan yang berdisiplin dan beretika.

15) Manakah antara yang berikut termasuk di dalam 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)?

A. Minyak, gas dan tenaga serta minyak sawit
B. Perhutanan, perikanan dan Industri Kecil Sederhana
C. Perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan perniagaan
D. Elektronik dan elektrik, kandungan dan infrastruktur komunikasi serta Greater Kuala Lumpur

Untuk lebih banyak contoh soalan (dan skema jawapan) bagi seksyen A Akauntan Gred WA41 ini. Korang boleh dapatkan panduan exam Akauntan Gred WA41 berikut.

Contoh Soalan Akauntan Gred WA41 Pengetahuan Am

Selain itu,

Korang juga boleh baca dahulu perkongsian yang menerangkan contoh soalan Pengetahuan Am Akauntan Gred WA41 dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap cara menangani soalan dalam seksyen A ini.

Contoh Soalan Akauntan Gred WA41 – Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai Duk Mencangkung sambil ‘Nangis Di Tepi Katil’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘nyampah dan mata berpinar’ terhadap soalan yang berkaitan nombor & digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam di samping nyampah giler. Padahnya ‘nangis kat tepi katil’ la selepas result exam SPA keluar nanti.

Walaupun dikatakan bahawa dalam exam online Akauntan Gred WA41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Tetapi latih tubi yang banyak diperlukan. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..

Lagi pula, jawatan Akauntan Gred WA41 ni bermain dengan nombor dan data sepanjang masa dalam kerja seharian. Jadi, abg Jay jangkakan tahap kesukaran soalan-soalan daya menyelesaikan masalah yg diajukan dalam PSEE Akauntan Gred WA41 ini akan ditingkatkan oleh pihak SPA.

Selain itu, daripada pemerhatian yang dilakukan juga, abang Jay cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Akauntan Gred WA41 – Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah. Contoh yg abg Jay bagi ini adalah dalam tahap kesukaran skala ‘sederhana’. Korang kena buat lebih banyak latih tubi di tahap skala ‘sukar’ kalau nak betul-betul bersedia.

1) Nazrul ialah adik kepada Nezham. Selain turut tampan seperti abangnya, Nazrul juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Nazrul untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Uncle Lan ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Uncle Lan?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Midson membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Midson dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Zamarul baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Akauntan Gred WA41 di Jabatan Akauntan Negara. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Zamarul membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna ocher daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna ocher yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Kebudayaan Kolej Beringin membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Kebudayaan Kolej Beringin yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Arumigam dan Santosh masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Arumigam mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Prisma chiliagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma chiliagonal O. Prisma chiliagonal P pula lebih berat daripada Prisma chiliagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma chiliagonal M. Susun kedudukan Prisma chiliagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta BMW warna pastel lime metallic terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW pastel lime metallic terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 2 bilik tidur dan 2 bilik air di Aman Jaya ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu J dan ruang tamu K. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu K?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Abigail Abbie seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Abigail Abbie dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk myriagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk myriagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Cermai. Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah buah Cermai tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah buah Cermai daripada Tajol. Berapakah jumlah buah Cermai yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Merah diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Merah tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Merah tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Merah yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B Akauntan Gred WA41 ini. Korang boleh dapatkan panduan exam Akauntan Gred WA41 berikut.

Contoh Soalan Akauntan Gred WA41 Daya Menyelesaikan Masalah

Atau pun,

Korang baca saja dahulu post yang khusus membincangkan jenis-jenis & contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Akauntan Gred WA41 dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Akauntan Gred WA41 – Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Akauntan Gred WA41. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas & diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Venga needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Barbara Ng has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Barbara has three animals in total.
B) Barbara has more cats than dogs.
C) One of Barbara’s cats is black.
D) All of Barbara’s dogs have spots.

3) Nur Asmah’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Maizatul Aifaa lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Maizatul Aifaa lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Aiden said to his wife.

A) Aiden told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Aiden told his wife to cook his special dinner that night.
C) Aiden’s wife will cook a special dinner with Aiden at night.
D) Aiden’s wife told Aiden to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Bakarin live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Huzaifah __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King Baldwin V was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 15).

The famous Trans-Siberian railway line goes from Moscow to Vladivostok, but there’s another railway line about 650 kilometres north of the Trans-Siberian. This is the Baikal-Amur Mainline (BAM). A special train, the Matvei Mudrov medical train, travels along its 4,000 kilometres. There are usually between twelve and fifteen doctors on the train. The train stops for a day at places along the BAM. The people who live in small towns and villages come to the train for medical attention. There are no doctors or hospitals in their towns or villages. For these patients, their health centre is on the train.

The Matvei Mudrov was named after a Russian doctor in the nineteenth century. Nowadays, the Matvei Mudrov visits each town or village on the BAM twice a year. In the village of Khani (population 742), the patients include a man with two broken ankles and a teenage girl. She had appendicitis a month ago and she was lucky to travel to a town three hours away for an operation. The Matvei Mudrov doesn’t have any equipment to do operations. The doctors can diagnose their patients’ medical problems and recommend treatment and medicines. The train has a laboratory for blood and urine tests and a number of medical testing machines. The patients like the doctors on the train. They say they are honest and good at their jobs.

Next stop is a town called Berkakit. About 4,000 people live here. There is a queue to see the doctors. Mikhail Zdanovich is waiting for his turn. He’s 61 years old and he came to Berkakit in 1976. At the time, only about a hundred young people lived in Berkakit. It was a new town. Zdanovich met a woman who worked at the town bakery. They married and stayed in the town. When Zdanovich walks into the doctor’s office she says ‘Oh, Mikhail, I recognised your voice.’ He has a problem in his shoulder. The doctor writes a letter to say that he can’t work, he must have an operation. He leaves, happy, and then he returns a few minutes later. He brings freshly cooked pies and some goat’s milk.

For the people who live in this remote part of Russia, the Matvei Mudrov is more than a medical train. It’s a social connection to the community of their country.

9) What is the BAM?

A. a part of the Trans-Siberian railway
B. a railway line that crosses part of Russia
C. a train for doctors to travel on
D. a train for peoples to travel on

10) What main service does the Matvei Mudrov train offer?

A. diagnosing people’s health problems
B. doing operations in emergencies
C. visiting the doctors in small towns
D. visiting the doctors in small village

11) Where does the Matvei Mudrov train stop?

A. in the towns that have health centres
B. in the villages and towns along the BAM railway line
C. in villages with under 1,000 people
D. in villages with under 1,500 people

12) According to the article …

A. the BAM is 650 kilometres long.
B. the BAM is 4,000 kilometres long.
C. the BAM has only one train service.
D. the BAM has two train service.

13) What happens when the Matvei Mudrov train stops in a village?

A. People come to the train to see the doctors.
B. The doctors people visit people at home.
C. The doctors visit the local health centre.
D. People come to the train to see the train.

14) According to the article …

A. Matvei Mudrov was the name of a doctor.
B. the BAM was built as a medical railway.
C. the train was the idea of a Russian doctor.
D. the train was the idea of a Russian nurse.

15) In Khani …

A. a girl needs an operation.
B. one patient has broken bones.
C. there are two patients.
D. there are three patients.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Akauntan Gred WA41 di Seksyen C ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan panduan exam Akauntan Gred WA41 di bawah.

Contoh Soalan Akauntan Gred WA41 Kefahaman Bahasa Inggeris

Atau pun,

Boleh baca dahulu perkongsian yang membincangkan jenis-jenis & contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Akauntan Gred WA41 dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Panduan & Contoh Soalan Akauntan Gred WA41

Untuk sesi 2020, panduan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu exam online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir exam.

Tapi Abang Jay, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm panduan contoh soalan Akauntan Gred WA41 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Hehe..

2) Lebih masa main Mobile Legend

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn abang Jay pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan panduan contoh soalan Akauntan Gred WA41, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan Akauntan Gred WA41 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti serta mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan exam secara bertulis & berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam panduan contoh soalan Akauntan Gred WA41 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu tarik rambut sampai putus mencari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus & persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (utk kawin)

Panduan contoh soalan Akauntan Gred WA41 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej agak murah sikit & ada pakej lagi agak kureng murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Panduan contoh soalan Akauntan Gred WA41 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Panduan Penuh Akauntan Gred WA41

Arahan:

  1. Klik Panduan Akauntan Gred WA41.
  2. Scroll ke bawah & klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah & pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah & masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm Lulus Ke Abang Jay Kalau Saya Beli Panduan Ini?

Abang Jay tak berani janji apa-apa. Perkara lulus ni kita serahkan pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Namun, apa yang abang Jay recommend ni adalah panduan & contoh soalan Akauntan Gred WA41 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota2, contoh soalan, skema jawapan & penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh exam Akauntan Gred WA41 korang tiba.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Abang Jay..

Jangan risau. Dalam panduan Akauntan Gred WA41 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan juga jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam exam kerajaan sepanjang 2015-2020.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam panduan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa & nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Abang Jay, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Panduan contoh soalan Akauntan Gred WA41 ni BUKAN BUKU. Tiada pengeposan & tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Abang Jay, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Panduan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan Akauntan Gred WA41 yang akan korang hadapi pada 17 Disember 2020 ini.

Satu lagi, contoh soalan Akauntan Gred WA41 yang abang Jay bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai panduan sahaja supaya korang dapat gambaran awal.

Jom Kerja Kerajaan!

Leave a Comment

error: Content is protected !!