Contoh Soalan Penolong Jurutera (Awam) JA29

Korang fikir, korang hado masa untuk meng-google jawapan ketika sedang menjawab soalan exam online Penolong Jurutera Gred JA29 ambilan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia pada 3 November 2021 ni? Memang tak hado la kan. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Penolong Jurutera (Awam) JA29 yang boleh dijadikan latihan calon exam. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan Penolong Jurutera (Awam) JA29 yang diberikan di bawah sebagai sebahagian latih tubi.

Contoh Soalan Penolong Jurutera (Awam) JA29

Selain dari itu, korang juga boleh dapatkan panduan khas contoh soalan Penolong Jurutera (Awam) JA29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan bahan rujukan sebelum hadir exam PSEE SPA pada kali ini.

Baca: Contoh Soalan Akauntan Gred WA41

Permohonan Jawatan Kosong Penolong (Awam) Jurutera JA29

Seandainya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Jurutera JA29 secara rasmi di Kementerian Kerja Raya Malaysia atau lain-lain kementerian/jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i).

Permohonan jawatan sebagai Penolong Jurutera (Awam) JA29 adalah terbuka sepanjang masa & perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Penolong Jurutera JA29 (Awam)

Mengenai jumlah kekosongan, berdasarkan iklan yang telah dikeluarkan SPA bertarikh 14 Julai 2020, jumlah kekosongan jawatan Penolong Jurutera (awam) JA29 yg diperlukan adalah sebanyak 200 tempat sahaja. Manakala, calon simpanan adalah seramai 478 orang.

Untuk kekosongan jawatan Penolong Jurutera (Elektrik) JA29, kalau berdasarkan kepada iklan pada tarikh yg sama. Didapati jumlah yang diperlukan adalah 38 orang. Dan calon simpanan pula ada 135 tempat.

Malang sedikit, abg Jay tak dapat informasi tepat berapa kekosongan yg diperlukan untuk jawatan Penolong Jurutera JA29 (Awam) ini.

Tidak perlu abang Jay tekankan betapa perlu. Dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh exam tiba. Korang da besar & da bleh pikir sendiri..

Ini satu bilangan yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Penolong Jurutera JA29 (Awam) oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Penolong Jurutera JA29 Awam ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Baca: Contoh Soalan Pembantu Makmal C19

Jadual Gaji Penolong Jurutera JA29 (Awam)

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Jurutera JA29 ;

Gaji minimum – RM1,549.00
Gaji maksimum – RM5,701.00
KGT – RM145.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan serta kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Jurutera dengan gred JA29 layak terima.

Deskripsi Tugas Penolong Jurutera JA29 (Awam)

Apakah skop kerja atau senarai tugas Penolong Jurutera JA29?

Secara am, tugas seorang Penolong Jurutera JA29 adalah meliputi tanggungjawab:

” Mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan. “

Syarat Lantikan & Kelayakan Penolong Jurutera JA29 (Awam)

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf sama taraf.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00)

Atau

Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf sama taraf.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pd peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Exam Online Penolong Jurutera JA29 (Awam)

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Jurutera JA29 untuk tahun 2021 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Penolong Jurutera JA29 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini dan tarikh yg telah ditetapkan ialah pada 3 November 2021 (Rabu).

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Jurutera JA29 selama satu jam untuk setiap sesi exam yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.00 pagi.

Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!

Senario Exam Penolong Jurutera JA29 (Awam)

Syarat untuk menyandang jawatan Penolong Jurutera JA29, calon perlu, terlebih dahulu lulus exam online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam exam online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Penolong Jurutera JA29 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan dalam exam online Penolong Jurutera JA29 terutama di bahagian B (Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah).

Format Exam Penolong Jurutera JA29 (Awam)

Format exam Penolong Jurutera JA29 sesi 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penolong Jurutera JA29 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan besar untuk format sesi ini.

Format 2016/2017 Vs Format 2020/2021

Format Penolong Jurutera JA29 – 2016/2017

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penolong Jurutera JA29 – 2020/2021

  • Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Abang Jay?

Yup, nampak macam sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen. Tetapi perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen Pengetahuan Am telah ditiadakan. Ia telah digantikan dengan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Adakah ini hal yang menggembirakan?

Boleh jadi ya. Boleh jadi tidak.

Camno tu?

Seksyen Pengetahuan Am yg ada dlm exam Penolong Jurutera JA29 sebelum ini memang seksyen yang paling digeruni ramai calon. Ini kerana, skop soalan yg dikemukan dalam seksyen Pengetahuan Am adalah teramat luas dan besar.

So, calon susah nak skor soalan yg bakal naik dalam exam.

Kini digantikan pula dengan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris. Seksyen ini ‘agak’ mudah bagi yg terrer BI di sekolah dahulu. Bagi budak ‘kelas hujung’ ini adalah ‘malapetaka besar’.

Jika korang budak kelas hujung, elok bersedia awal-awal.

Berdasarkan pemerhatian abang Jay, ada dua jenis soalan Kefahaman Bahasa Inggeris SPA yg paling kerap keluar dlm exam SPA. Nanti abg Jay terangkan dengan lebih lanjut di bawah.

Elak Membuat ‘Terjatuh Semasa Di Tapak Pembinaan’ (Sekadar Metafora)

Korang adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen A iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah leka semasa mengendalikan kerja-kerja harian di tapak pembinaan (bagi Penolong Jurutera Awam JA29) lalu tersilap dan ‘terjatuh di tapak pembinaan’ yg sedang dibuat. Cuma kali ini, bukan menyebabkan kecederaan. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam exam online SPA Penolong Jurutera JA29!

Sementara, utk seksyen B, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi.. nyampah nyer laa.

Berikut merupakan sedikit perkongsian drpd abang Jay mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen serta penjelasan topik.

Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29 – Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai Duk Mencangkung Sambil ‘Nangis Tepi Tapak Projek’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pandangan mata berbalam-balam’ terhadap soalan yang berkaitan angka & digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / mathematics formula saja terus rasa ‘jiwa kacau’. Padahnya ‘nangis kat tepi tapak projek la’ (ini kalau korang calon Penolong Jurutera Awam JA29 la sekali lagi) lepas result exam online SPA keluar nanti.

Walaupun dikatakan bahawa dalam exam online Penolong Jurutera JA29, soalan aplikasi konsep matematik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Itu menurut SPA la.

Tetapi korang jangan terima mentah-mentah. Latih tubi yang banyak diperlukan. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..

Drpd pemerhatian yang dilakukan juga, abang Jay boleh cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kpd 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Jurutera JA29 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Azmilah ialah adik kepada Hazielah. Selain turut cantik dan manis seperti kakaknya, Azmilah juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Azmilah untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Patin yang dibeli Uncle Mok ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Patin Uncle Mok?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Izmailan membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Izmailan dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Mohaini baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penolong Jurutera JA29 di Kementerian Kerja Raya Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Mohaini membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna bisque daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna bisque yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Bola Lisut Kolej UMIX membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Bola Lisut Kolej UMIX yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Rajendran dan Selvam masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Rajendran mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Prisma myriagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma myriagonal O. Prisma myriagonal P pula lebih berat daripada Prisma myriagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma myriagonal M. Susun kedudukan Prisma myriagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta BMW warna bright green gold terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW bright green gold terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 2 bilik tidur dan 2 bilik air di Kelana Jaya ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu L dan ruang tamu M. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu M?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Camille Ivy seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Camille Ivy dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk decemyriagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk decemyriagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Katak Puru (juga dikenali sebagai buah Nam Nam). Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah buah Katak Puru tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah buah Katak Puru daripada Tajol. Berapakah jumlah buah Katak Puru yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Mesir diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Mesir tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Mesir tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Mesir yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Penolong Jurutera JA29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan Penolong Jurutera JA29 berikut.

Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29 Awam Daya Menyelesaikan Masalah

Atau pun,

Korang boleh baca saja dahulu post yang khusus membincangkan jenis-jenis & contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Jurutera JA29 dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen A ini.

Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29 – Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Penolong Jurutera JA29. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo. Sekali lagi menurut SPA la.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas & diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Maihon needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Camilla Shim has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Camilla has three animals in total.
B) Camilla has more cats than dogs.
C) One of Camilla’s cats is black.
D) All of Camilla’s dogs have spots.

3) Haleeda’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Aslamiah Aaini lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Aslamiah Aaini lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Jagindas said to his wife.

A) Jagindas told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Jagindas told his wife to cook his special dinner that night.
C) Jagindas’s wife will cook a special dinner with Jagindas at night.
D) Jagindas’s wife told Jagindas to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Arbain live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Johary __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King Baldwin VII was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 15).

A newborn baby can see, hear and feel. By the age of five, a child can talk and ride a bike. How does this development happen? We don’t really understand the way language and thinking develop in the brain. Now scientists are using new technology to help them in their studies. They are discovering new information about the way a baby’s brain develops.

A study in 2010 showed that the experiences a child has in their first few years are important. These experiences affect the development of the brain. The study showed when children receive more attention, they often have higher IQs. Babies receive information when they see, hear and feel things. This information makes connections between different parts of the brain. There are a hundred trillion connections in the brain of a three-year-old child.

One experiment studied how newborn babies’ brains react to different sounds. The sounds were in different patterns. For example, the sounds mu-ba-ba make the pattern ‘A-B-B’. And the sounds mu-ba-ge make the pattern ‘A-B-C’. The results of the study showed that babies know the two patterns are different. Patterns are important in language. The order of words is important to grammar and meaning. For example, ‘John killed the bear’ doesn’t mean the same as ‘The bear killed John.’ Both sentences have the same words, but they are in a different order. The experiment shows that babies start to learn grammar rules from the beginning of their life.

Language is important for child development. Babies can hear language in various ways: listening to television, audio books or the Internet and interacting with people. A scientist, Patricia Kuhl, compared two groups of nine-month-old American babies. Both groups heard Mandarin Chinese sounds. The first group watched videos. In the second group, people spoke the same sounds to the babies. Then they tested the babies. The second group recognised the different sounds. The first group learned nothing. Patricia Kuhl said this result was very surprising. It shows that social interaction is important to successful brain development in babies.

9) The article …

A) compares the brains of adults and children.
B) describes studies into brain development in babies.
C) explains how human brains work.
D) compares the brains of children and baby.

10) According to the article, which statement is true?

A) Different languages influence the brain in different ways.
B) Interactive experiences are important in brain development.
c) Babies can learn Mandarin Chinese easily.
D) Babies can learn Malay Language easily.

11) According to the first paragraph …

A) most five-year-olds ride bikes.
B) scientists understand child development very well.
C) technology is useful in child development studies.
D) scientists not so understand child development very well.

12) Why are early experiences important?

A) They affect a baby’s relationships.
B) They affect brain development.
C) They affect how babies feel.
D) They affect how babies act.

13) What information is given in the second paragraph?

A) Attention and IQ are connected.
B) It’s difficult to change a baby’s IQ.
C) Some three-year-old children have a high IQ.
D) It’s easy to change a baby’s IQ.

14) According to the second paragraph, what makes new connections in the brain?

A) experiencing new information
B) having a high IQ
C) the child’s age
C) experiencing old information

15) Which statement is true?

A) Babies’ brains can’t recognise different sound patterns.
B) The pattern ‘A-B-B’ is easier to understand than A-B-C’.
C) The pattern ‘A-B-C’ is easier to understand than A-B-B’.
D) Babies’ brains can recognise different sound patterns.

Dapat tak jawapan utk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Penolong Jurutera JA29 di Seksyen B ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan panduan khas contoh soalan Penolong Jurutera JA29 di bawah.

Contoh Soalan Penolong Jurutera (Awam) JA29 Kefahaman Bahasa Inggeris

Atau pun,

Boleh baca dahulu perkongsian yang membincangkan jenis-jenis & contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Jurutera JA29 dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen B ini.

Panduan & Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29

Untuk sesi 2021, panduan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu exam online SPA yang berbeza drpd sesi terakhir exam.

Tapi Abang Jay, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm panduan contoh soalan Penolong Jurutera JA29 ni akan menjimatkan tenaga korang. X payah berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Hehe..

2) Lebih masa main COC

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn abang Jay pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan panduan contoh soalan Penolong Jurutera JA29, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Pinjam pengalaman 12 tahun kami

Contoh soalan Penolong Jurutera JA29 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti serta mengkaji soalan SPA. Drpd era SPA masih menjalankan exam secara bertulis & berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam panduan contoh soalan Penolong Jurutera JA29 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak payah tarik rambut sampai putus mencari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus & persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (utk kawin)

Panduan contoh soalan Penolong Jurutera JA29 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej agak murah sikit & ada pakej lagi agak kureng murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Panduan contoh soalan Penolong Jurutera JA29 ni murah giler. Korang hanya kena laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal utk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Panduan Penuh Penolong Jurutera JA29

Arahan:

  1. Klik Panduan Penolong Jurutera JA29.
  2. Scroll ke bawah & klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah & pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah & masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm Lulus Ke Abang Jay Kalau Saya Beli Panduan Ini?

Abang Jay tak berani janji apa-apa. Perkara lulus ni kita serahkan pd Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Namun, apa yang abang Jay recommend ni adalah panduan & contoh soalan Penolong Jurutera JA29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota2, contoh soalan, skema jawapan & penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh exam Penolong Jurutera JA29 korang tiba.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Abang Jay..

Jangan risau. Dalam panduan Penolong Jurutera JA29 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan juga jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah drpd soalan-soalan yang biasa ditanya dalam exam kerajaan sepanjang 2015-2020.

Tak payah ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam panduan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Utk korang yang serius tak nak buang masa & nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Abang Jay, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Panduan contoh soalan Penolong Jurutera JA29 ni BUKAN BUKU. Tiada pengeposan & tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download utk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat utk korang mula study!

Korang x payah tunggu whatapps drpd orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 32 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak payah dan tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Abang Jay, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding-kan. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Panduan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan Penolong Jurutera (Awam) JA29 yang akan korang hadapi pd 3 November 2021 ini.

Satu lagi, contoh soalan Penolong Jurutera JA29 Awam yang abang Jay bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai panduan sahaja.

Jom Kerja Kerajaan!

Leave a Comment

error: Content is protected !!