Contoh Soalan Pembantu Operasi N11

Korang fikir, korang hado masa untuk meng-google jawapan atau mencari contoh soalan Pembantu Operasi N11ketika sedang menjawab soalan exam online Pembantu Operasi N11 ambilan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli & ambilan Kementerian Pertahanan Malaysia pada 26 November 2020 ni nanti? Memang tak hado la kan!

Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Pembantu Operasi N11 yang boleh dijadikan latihan calon exam. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan Pembantu Operasi Gred N11 yang diberikan di bawah sebagai sebahagian latih tubi.

Contoh Soalan Pembantu Operasi N11

Selain dari itu juga, korang boleh dapatkan panduan khas contoh soalan Pembantu Operasi N11 yang disarankan di bawah untuk dijadikan bahan rujukan sebelum hadir exam PSEE SPA pada kali ini.

Baca: Contoh Soalan Penolong Penguasa Bomba KB29

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Operasi N11

Seandainya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Operasi N11 secara rasmi di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli & ambilan Kementerian Pertahanan Malaysia atau lain-lain kementerian/jabatan.

Permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Pembantu Operasi N11 adalah terbuka sepanjang masa & perlu dibuat secara online.

Baca: Contoh Soalan Penolong Jurutera JA29

Kekosongan Jawatan Pembantu Operasi N11

Berdasarkan iklan kekosongan jawatan Pembantu Operasi N11 yang telah dikeluarkan oleh SPA pada 7 Ogos 2020, jumlah kekosongan yg diwartakan ialah sebanyak 44 tempat. Manakala, jumlah calon simpanan pula ada seramai 300 tempat sahaja.

Tidak perlu abang Jay tekankan betapa perlu. Dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh exam tiba. Korang da besar & da bleh pikir sendiri..

Ini satu bilangan yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Pembantu Operasi N11 oleh SPA.

Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian abang Jay kali ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Pembantu Operasi N11 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Baca: Contoh Soalan Penguasa Bomba KB41

Jadual Gaji Pembantu Operasi N11

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Operasi N11 ;

Gaji minimum – RM1,216.00
Gaji maksimum – RM2,983.00
KGT – RM80.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan serta kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Operasi dengan gred N11 layak terima.

Deskripsi Tugas Pembantu Operasi N11

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Operasi N11?

Secara am, tugas seorang Pembantu Operasi N11 adalah:

  • Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E [Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)].
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

Syarat Lantikan & Kelayakan Pembantu Operasi N11

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00);

Atau

Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

Exam Online Pembantu Operasi N11

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Operasi N11 untuk tahun 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Pembantu Operasi N11 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya ialah pada 26 November 2020. Jatuh pada Khamis.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Operasi N11 selama 30 minit untuk setiap sesi exam yang dijadualkan. Bermula jam12 tengah hari sampai la jam 12.30 tengah hari.

Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!

Baca: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29

Senario Exam Pembantu Operasi N11

Syarat untuk menyandang jawatan Pembantu Operasi N11, calon perlu, terlebih dahulu lulus exam online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam exam online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Operasi N11 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam exam online Pembantu Operasi N11 terutama di bahagian A (Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah).

Format Exam Pembantu Operasi N11

Format exam Pembantu Operasi N11 sesi 2019/2020 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun sudah.

Sebagai contoh, jika korang mengikuti perkembangannya. Format soalan Pembantu Operasi N11 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2019/2020. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2016/2017 Vs Format 2019/2020

Format Pembantu Operasi N11 – 2016/2017

  • Seksyen A: Ujian Sahsiah dan Minat
  • Seksyen B: Pengetahuan Am

Format Pembantu Operasi N11 – 2019/2020

  • Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Eh.. Bukan Sama Ke Abang Jay?

Nampak macam sama. Tapi tak serupa.

Penilaian telah dikurangkan daripada 3 (tiga) Seksyen kepada hanya tinggal 1 (satu) seksyen sahaja.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai exam Pembantu Operasi N11 sesi exam 2017 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip serta trik cara sukses seksyan Ujian Sahsiah dan Minat. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya. Dan paling mengelirukan. Nasib baek dah takda.

Elak ‘Masuk Longkang’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen A iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah leka ketika ‘berjalan’ dalam PSEE dan terjatuh lalu ‘masuk longkang’.

Cuma kali ini, bukan memalukan diri di samping membahayakan diri sendiri. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam exam online SPA Pembantu Operasi N11!

Berikut adalah penjelasan detil mengenai seksyen Daya Menyelesaikan Masalah ini:

Contoh Soalan Pembantu Operasi N11 – Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai ‘Mata Berkunang’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘mata berkunang-kunang’ bila tgk soalan yang berkaitan angka & digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam di samping nyampah giler.

Walaupun dikatakan bahawa dalam exam online Pembantu Operasi N11, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Tetapi latih tubi yang banyak diperlukan. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, abang Jay cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Berkaitan Konsep Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Operasi N11 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Munir ialah adik kepada Khalid. Selain turut tampan seperti abangnya, Munir juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Munir untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Kerapu yang dibeli Uncle Paujan ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Kerapu Uncle Paujan?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Elmer membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Elmer dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Walden baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Operasi Gred N11 di Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Walden membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna khaki daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna khaki yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Bola Jaring Kolej Kemuning membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Bola Jaring Kolej Kemuning yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Shancez dan Mukerji masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Shancez mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Prisma oktadekagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma oktadekagonal O. Prisma oktadekagonal P pula lebih berat daripada Prisma oktadekagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma oktadekagonal M. Susun kedudukan Prisma oktadekagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta BMW warna Garnet Red terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW Garnet Red terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 2 bilik tidur dan 2 bilik air di Cyberjaya ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu D dan ruang tamu E. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu E?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Loria Macey seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Loria Macey dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk oktakaidekagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk oktakaidekagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Sentul (orang suka buat ulam atau acar). Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah buah Sentul tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah buah Sentul daripada Tajol. Berapakah jumlah buah Sentul yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Zahidi diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Zahidi tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Zahidi tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Zahidi yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Operasi N11 ini. Korang boleh dapatkan panduan exam Pembantu Operasi Gred N11 berikut.

Rujukan contoh soalan daya menyelesaikan masalah Pembantu Operasi N11

Atau pun,

Korang boleh baca saja dahulu perkongsian kawan abang Jay (beliau seorang yg memang pakar dalam exam kerajaan) yang khusus membincangkan jenis-jenis & contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Panduan & Contoh Soalan Pembantu Operasi N11

Untuk sesi 2020, panduan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu exam online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir exam.

Tapi Abang Jay, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm panduan contoh soalan Pembantu Operasi N11 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Hehe..

2) Lebih masa main Free Fire

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn abang Jay pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan panduan contoh soalan Pembantu Operasi N11, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan Pembantu Operasi N11 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti serta mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan exam secara bertulis & berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam panduan contoh soalan Pembantu Operasi N11 ini ada disediakan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu tarik rambut sampai putus mencari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus & persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (utk kawin)

Panduan contoh soalan Pembantu Operasi N11 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej agak murah sikit & ada pakej lagi agak kureng murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Panduan contoh soalan Pembantu Operasi N11 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Panduan Penuh Pembantu Operasi N11

Ikuti cara pembelian di bawah:

  1. Klik rujukan contoh soalan Pembantu Operasi N11.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Pilih Rujukan Anda’.
  3. Scroll ke bawah dan ambil pakej ‘Pilihan SINGLE #2’ (yg kaler hijau tu). Then klik ‘Tempah Sekarang’.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’. Jangan lupa tick box ‘Syarat & Terma Pembelian’ tu.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm Lulus Ke Abang Jay Kalau Saya Beli Panduan Ini?

Abang Jay tak berani janji apa-apa. Perkara lulus ni kita serahkan pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Namun, apa yang abang Jay recommend ni adalah panduan & contoh soalan Pembantu Operasi N11 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota2, contoh soalan, skema jawapan & penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh exam Pembantu Operasi N11 korang tiba.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Abang Jay..

Jangan risau. Dalam panduan Pembantu Operasi N11 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan juga jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam exam kerajaan sepanjang 2015-2020.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam panduan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa & nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Abang Jay, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Panduan Contoh Soalan Pembantu Operasi N11 ni BUKAN BUKU. Tiada pengeposan & tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Abang Jay, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Panduan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan Pembantu Operasi N11 yang akan korang hadapi pada 26 November 2020 ini.

Satu lagi, contoh soalan Pembantu Operasi N11 yang abang Jay bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai panduan sahaja.

Jom Kerja Kerajaan!

Leave a Comment

error: Content is protected !!